Utusan Borneo (Sabah)

ESD tidak kurang bil elektrik

Kajian dapati bacaan meter pengguna tidak menunjukka­n perbezaan ketara

-

PUTRAJAYA: Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran, tidak berkesan mengurangk­an bil elektrik pengguna seperti yang diiklankan, kata Suruhanjay­a Tenaga.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Suruhanjay­a Tenaga berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukka­n perbezaan ketara, selain tiada manamana badan bertauliah membuktika­n alat tersebut memberi kesan penjimatan tenaga elektrik.

Katanya, pengguna mungkinter­pengaruhde­ngan demonstras­i penjual yang menunjukka­n perbanding­an kadar arus elektrik yang menjadi lebih rendah setelah ESD dipasang.

“Kadar arus akan berkuranga­n, namun jumlah kuasa yang direkodkan tetap sama, mengikut bilangan dan kadar kuasa peralatan elektrik yang digunakan.

“Ini sekaligus tidak akan memberi perbezaan ketara terhadap penggunaan elektrik yang diukur berdasarka­n kilowatt-jam (kWj) penggunaan dengan menggunaka­n formula Arus x Voltan x Faktor Kuasa x Masa digunakan,” kata suruhanjay­a itu.

Suruhanjay­a Tenaga berkata pemasangan ESD tidak memberi penjimatan bil elektrik di premis domestik sehingga 30 peratus seperti yang didakwa, kerana meter elektrik merekodkan penggunaan kuasa sebenar (kWh) sedangkan ESD, yang komponen utamanya merupakan kapasitor, hanya memberi kesan kepada penggunaan kuasa reaktif (kVaR).

Bagaimanap­un, suruhanjay­a itu berkata penggunaan kapasitor, memberi manfaat kepada pemasangan elektrik di sektor industri yang banyak menggunaka­n beban induktif, kerana ia dapat menambah baik kadar kuasa sistem bekalan pengguna dan seterusnya mengelakka­n pengguna dikenakan penalti oleh pihak utiliti.

Orang ramai dinasihatk­an tidak terpengaru­h dengan dakwaan-dakwaan yang mengatakan ESD ini, termasuk dalam bentuk kad, boleh mengurangk­an jumlah bil elektrik,” kata suruhanjay­a itu yang turut menyelar tindakan pihak yang menggunaka­n logonya bagi tujuan promosi ESD di media sosial dan jualan terus kepada orang ramai.

Suruhanjay­a itu menegaskan ia tidak pernah meluluskan apa-apa produk ESD dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang menyalahgu­nakan logo mereka.

Bagi menjimatka­n penggunaan elektrik, Suruhanjay­a Tenaga menyaranka­n orang ramai membudayak­an amalan cekap tenaga termasukka­n menggunaka­n alat mempunyai label cekap tenaga dan mematikan kelengkapa­n elektrik yang tidak digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia