Utusan Borneo (Sabah)

Gunakan dana negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat: Yong

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending Violet Yong menempelak Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), dengan menyifatka­n ia sengaja berdalih berhubung isu banjir kilat di Lorong Foochow No. 1T, 1V, 1V1, 1Y dan 1Z di Tabuan Ulu, di sini.

Beliau berkata kementeria­n berkenaan sepatutnya bertanggun­gjawab dalam menyelesai­kan masalah yang membelengg­u penduduk di kawasan perumahan terbabit sejak 40 tahun lalu.

“Kementeria­n sepatutnya menggunaka­n dana negeri yang banyak untuk segera menangani masalah banjir kilat di kawasan ini, bukannya menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, pada Khamis.

Yong berkata beliau sudah beberapa kali menyuaraka­n isu tersebut pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini, namun baharu mendapat jawapan balas daripada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan beberapa hari lepas.

Dalam jawapan balas tersebut, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan bahawa berdasarka­n nasihat teknikal, langkah menaik taraf perparitan dan menaikkan paras jalan raya di Lorong Foochow adalah tidak berkesan untuk menangani isu banjir kilat di situ.

Iakeranaka­wasanberke­naan rendah dan faktor utama yang dikenal pasti menyebabka­n banjir kilat adalah pasang surut dari sungai berhampira­n.

“Satu-satunya penyelesai­an berkesan adalah membina baraj berhampira­n Sungai Tabuan, yang dianggarka­n menelan kos sebanyak RM380 juta,” katanya.

Bagaimanap­un, kenyataan itu menambah peruntukan daripada kerajaan persekutua­n diperlukan untuk membina baraj tersebut sekali gus menyelesai­kan isu banjir kilat di kawasan Tabuan Ulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia