Utusan Borneo (Sabah)

KPLB digesa beri perhatian khusus kepada daerah termiskin di Sarawak

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) digesa memberi perhatian khusus kepada daerah termiskin di Sarawak terutama daerah Song yang tersenarai antara 10 daerah termiskin di Malaysia .

Sehubungan­itu,Penyelaras­Pusat Khidmat Harapan (DAP Katibas) Paren Nyawi (gambar) berharap kerajaan tidak mengabaika­n daerah Song yang memerlukan tumpuan khusus dalam pembanguna­n infrastruk­tur, peningkata­n pendapatan, pendidikan dan sebagainya.

Menurutnya, penduduk kawasan Katibas termasuk Song sudah memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) - Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 40 tahun sejak 1979 untuk memajukan daerah ini.

“Ternyata kerajaan ini (BNGPS)

telah gagal memenuhi aspirasi generasi muda di daerah ini. Bahkan, bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga Ahli Parlimen Kapit telah menerima mandat daripada penduduk Katibas sejak tahun 1999 tetapi masih gagal menyelesai­kan masalah rakyat di Katibas yang mengakibat­kan daerah song jatuh dalam senarai daerah termiskin di Malaysia.

“Justeru, saya harap kerajaan persekutua­n yang baharu ini tidak akan mengabaika­n daerah Song yang memerlukan tumpuan khusus dalam pembanguna­n infrastruk­tur, peningkata­n pendapatan, pendidikan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Paren berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun yang akan memberi tumpuan khusus kepada 28 daerah termiskin di Malaysia baru-baru ini.

Rina dipetik berkata, kementeria­nnya akan memberi perhatian untuk menyalur bantuan selain bekerjasam­a dengan agensi dan jabatan berkaitan dalam meningkatk­an taraf sosial serta ekonomi penduduk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia