Utusan Borneo (Sabah)

Selagi ekonomi kembali berkembang, sudah pasti ada keupayaan Malaysia punyai keupayaan bayar balik Bon Panda: Rakuten

-

PETALING JAYA: Malaysia bukan sebuah negara bankrap dan mempunyai keupayaan untuk membayar balik Bon Panda sekiranya kerajaan bersetuju untuk menerbitka­nnya, kata Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee.

Beliau berkata pinjaman seumpama itu, termasuk Bon Samurai, akan menyediaka­n pelbagai kesan kepada ekonomi Malaysia yang seterusnya membolehka­n negara berkembang dan membayar

balik pinjaman.

“Selagi ekonomi kita rancak kembali (berkembang), sudah pastinya ada keupayaan. Seharusnya tidak ada sebarang masalah.

“Kita tidak tahu termanya lagi... (tetapi) asalkan wang (daripada pinjaman) disalurkan dengan betul, saya tak nampak mengapa kita tidak boleh membayar pinjaman,” katanya pada taklimat media mengenai prospek pasaran 2019, di sini, semalam.

Yee berkata demikian sebagai

menjawab soalan mengenai sama ada Malaysia harus menerima cadangan Bon Panda yang dibuat oleh sebuah bank China memandangk­an paras hutang negara yang tinggi ketika ini.

Beliau menjangka penggunaan terbitan Bon Panda akan lebih cenderung ke arah sektor pembinaan.

Baru-baru ini, Duta China ke Malaysia Bai Tian berkata China Constructi­on Bank mencadangk­an terbitan Bon Panda di China bagi

Malaysia untuk membantu mengurangk­an tekanan kewangan negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata cadangan itu diusulkan kepada beliau dan perdana menteri serta kabinet telah dimaklumka­n, tetapi ia masih dalam perbincang­an.

Sementara itu, Bon Samurai 10 tahun 200 bilion yen pertama Malaysia, yang dijamin oleh kerajaan Jepun akan diterbitka­n bulan depan.

 ?? — Gambar Reuters ?? TERKEMUKA: Seorang lelaki berjalan melintasi sebuah cawangan Royal Bank of Scotland di London, Britain baru-baru ini.
— Gambar Reuters TERKEMUKA: Seorang lelaki berjalan melintasi sebuah cawangan Royal Bank of Scotland di London, Britain baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia