Utusan Borneo (Sabah)

I-City berpotensi sebagai kawasan segi tiga emas Selangor: Amirudin

-

KUALA LUMPUR: Pembanguna­n pesat i-City di sini yang bakal menempatka­n pusat beli-belah Central i-City seluas 940,000 kaki persegi, mampu menjadikan­nya salah satu kawasan segi tiga emas di Selangor, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Sambil mengalu-alukan perkembang­an itu, beliau berkata selain pembanguna­n di i-City, kawasan sekitarnya seperti Klang dan Shah Alam juga sesuai dijadikan kawasan segi tiga emas.

“Ini adalah satu ruang ekonomi yang baik untuk rakyat Selangor selain penduduk Shah Alam dan negara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2019 bersama Persatuan Hokkien Malaysia di Hotel Concorde di sini, pada Isnin.

Mengulas selanjutny­a, Amirudin berkata pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelabur tempatan dan antarabang­sa untuk melabur di negeri itu.

“Atas sebab itu kita mendapat pemain industri seperti Toyota, Ikea dan Daiso baru-baru ini dan reputasi itu kita mahu kekalkan secara berterusan,” katanya.

Pemaju i-City, I-Bhd berserta Central Pattana, pemaju rangkaian pusat membelibel­ah terbesar di Thailand telah memeterai perjanjian pada Mei 2013, bagi membangunk­an pusat beli-belah di i-City tersebut.

Di bawah perjanjian itu, I-Bhd dan CPN Global Company Ltd, unit milik penuh Central Pattana Plc mewujudkan syarikat usaha sama bagi pembanguna­n pusat beli-belah bernilai RM580 juta.

Laporan media sebelum ini menyatakan, I-Bhd mengumumka­n pelan pelaburan RM3 bilion bagi beberapa produk berkaitan pelanconga­n i-City yang berkeluasa­n 29.1 hektar yang bertujuan menarik lebih 30 juta pengunjung setiap tahun menjelang 2020.

Pembanguna­n itu termasuk hotel, pusat beli-belah serantau, pusat seni persembaha­n dan projek pelanconga­n perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia