Utusan Borneo (Sabah)

Tiada keperluan jalankan siasatan dalaman berhubung plot singkir PM

-

JERLUN: Tiada keperluan untuk menjalanka­n siasatan dalaman berhubung dakwaan wujudnya plot untuk menyingkir­kan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata

dakwaan itu merupakan salah satu rancangan mengalihka­n perhatian rakyat terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang sedang berlangsun­g.

“Saya sendiri tidak percaya pada undi tidak percaya itu. Mereka ini sahaja nak alih perhatian dan seolah-olah hendak tunjuk ada pepecahan dalam Pakatan Harapan (PH)

sedangkan perkara itu tidak wujud sama sekali.

“Saya ada dalam Mesyuarat Majlis Presiden, tapi tiada langsung nampak unsur macam tu. Ini politik, yang bercakap itu pembangkan­g, jadi macam mana hendak percaya,” katanya kepada pemberitas­elepasmera­smikan Karnival Explorasi Antarabang­sa Kubang Pasu

di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa dia mempunyai maklumat terdapatny­a dua parti komponen PH yang mahu menyingkir­kan Tun Dr Mahathir.

Mukhriz yang juga Menteri

Besar Kedah berkata tiada keperluan untuk melihat dakwaan tersebut sebaliknya ingin menumpukan untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi rakyat.

“Tumpu selesaikan masalah rakyat, masalah air kat Kedah pun masih belum selesai. Politik dalaman ni letak jauh dahulu, fokus rakyat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Kerajaan negeri tidak pernah meminggirk­an satu peninggala­n sejarah, Terusan Wan Mat Saman, sebaliknya faktor kewangan menjadi kekangan berikutan kos penyelengg­araannya terlalu tinggi.

“Nilai sejarah terusan itu tinggi, jadi kalau boleh kita mahu buat sesuatu untuk

bangunkan beberapa kawasan untuk pelanconga­n di situ yang mampu menarik ramai pelancong. Terusan itu memang dalam perhatian kita,” katanya ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu kerajaan negeri memelihara terusan yang semakin teruk dan kotor akibat tidak diselengga­ra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia