Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti Puspanita jadikan warga kerja KKMM lebih bersatu

-

PUTRAJAYA: Aktiviti dan program yang dilaksanak­an oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­anAwamMala­ysia (Puspanita) cawangan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menjadikan warga kerja KKMM lebih bersatu

selain meningkatk­an semangat kerja berpasukan, kata Ketua Setiausaha KKMM Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Mohd Ali, yang juga penasihat Puspanita cawangan KKMM, berkata aktiviti yang pelbagai meliputi aspek kebajikan, sukan, sosial, agama dan lawatan

memberikan banyak impak positif kepada anggotanya yang kini mencecah 1,600 orang, terdiri daripada warga kerja KKMM di sini serta semua agensi di bawahnya.

“Puspanita cawangan KKMM menjadi platform kepada petugas wanita di kementeria­n ini untuk

bertukar-tukar fikiran dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada produktivi­ti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Puspanita cawangan KKMM kali ke-36 2019 di KKMM di sini pada Jumaat.

Mohd Ali berharap Puspanita cawangan KKMM akan meneruskan semua program yang dijalankan selama ini supaya anggotanya mendapat manfaat, pengalaman dan pendedahan positif.

Pada majlis hari Jumaat beliau turut menyampaik­an

anugerah pelajar cemerlang berupa sijil penghargaa­n dan wang tunai RM100 kepada anak anggota Puspanita cawangan KKMM yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017, Pentaksira­n Tingkatan 3 2018 dan Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah 2018.

Sementara itu, Pengerusi Puspanita cawangan KKMM Datin Wan Noor Suraya Wan Saad memuji komitmen yang ditunjukka­n anggotanya dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti meskipun sibuk dengan tugas di pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia