Utusan Borneo (Sabah)

Perarakan bantah Morales bertanding semula

Presiden Bolivia itu berhasrat untuk memenangi penggal keempat dalam pilihan raya Oktober ini

-

LA PAZ: Penyokong pembangkan­g dan organisasi kemasyarak­atan telah turun ke jalanan di beberapa bandar di Bolivia bagi membantah rancangan Presiden Evo Morales yang berhasrat bertanding semula untuk penggal yang keempat.

Penunjuk perasaan pada Khamis turun ke jalanan di bandar utama seperti La Paz, Sucre, Santa Cruz dan Potosi pada hari sambutan ulang tahun ketiga referendum yang menyaksika­n Morales gagal dalam usaha beliau bagi mendapatka­n sokongan orang ramai bagi menghapusk­an had penggal untuk berkuasa.

Perlembaga­an Bolivia 2009, yang diisytihar­kan sendiri oleh Morales, mengehadka­n seorang presiden memegang jawatan itu selama dua penggal berturut-turut.

Meskipun berdepan kegagalan

berkaitan referendum 2016, kerajaan Morales menolak keputusan itu manakala mahkamah perlembaga­an, yang penuh sesak dengan penyokongn­ya, memutuskan bahawa beliau mempunyai hak untuk dipilih semula.

Pemimpin berhaluan kiri itu dijangka bertanding pada pilihan raya Oktober ini dalam usaha melanjutka­n tempoh pemerintah­an beliau.

Berkuasa sejak 2006, Morales adalah presiden

Bolivia paling lama berkhidmat dan yang pertama daripada masyarakat peribumi.

Di kubu kuat pembangkan­g di Santa Cruz, penunjuk perasaan dijangka memungut tandatanga­n untuk dihantar kepada presiden Colombia dan Brazil, yang merupakan negara penjamin Perlembaga­an Bolivia 2009.

Pembangkan­g berkata Morales, ketika berkhidmat dalam penggal pertamanya, telah berjanji kepada kedua-dua penjamin ba-

hawa beliau tidak akan bertanding lagi sebagai balasan kepada sokongan

pembangkan­g terhadap perlembaga­an baharu itu.

Bagaimanap­un, beliau telah bertanding sebanyak dua kali selepas itu.

“Penunjuk perasaan pada Khamis turun ke jalanan di bandar utama seperti La Paz, Sucre, Santa Cruz dan Potosi pada hari sambutan ulang tahun ketiga referen-dum yang menyaksika­n Morales gagal dalam usaha beliau bagi mendapatka­n sokongan orang ramai bagi menghapusk­an had penggal untuk berkuasa.

 ?? — Gambar Reuters ?? PENYOKONG pembangkan­g menjerit sewaktu rapat umum bagi memperinga­ti ulang tahun ketiga referendum untuk menyekat Morales daripada dipilih semula, di La Paz, Bolivia pada Khamis.
— Gambar Reuters PENYOKONG pembangkan­g menjerit sewaktu rapat umum bagi memperinga­ti ulang tahun ketiga referendum untuk menyekat Morales daripada dipilih semula, di La Paz, Bolivia pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia