Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Australia langgar mati enam pejalan kaki dipenjara seumur hidup

-

SYDNEY: Seorang lelaki Australia yang memandu sebuah kereta ke arah beberapa pejalan kaki di sebatang jalan beli-belah sibuk di tengah Melbourne pada 2017, mengorbank­an enam orang, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan satu tempoh minimum tanpa parol selama 46 tahun, kata Mahkamah Agung negeri Victoria pada Jumaat.

James Gargasoula­s, 29, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup bagi setiap pembunuhan, di mana mangsanya termasuk seorang bayi dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

“Ini merupakan salah satu contoh paling teruk bagi pembunuhan beramai-ramai dalam sejarah Australia,” Hakim Mark Weinberg memberitah­u Gargasoula­s semasa perbicaraa­n bagi menjatuhka­n hukuman di Melbourne.

“Kengerian yang kamu lakukan telah menjejaska­n dengan nyata kehidupan ramai daripada mereka yang ada pada hari itu di Bourke Street, dan mereka yang telah menyaksika­n tindakan kamu, atau keadaan mereka selepas itu.”

Pada masa itu, pihak polis menyatakan insiden itu tidak berkaitan dengan keganasan dan pemandunya mempunyai sejarah jenayah yang termasuk dakwaan keganasan

domestik.

Dia juga pernah mengalami delusi akibat pengambila­n dadah.

Insiden itu merupakan salah satu pembunuhan beramai-ramai yang terburuk di Australia sejak peristiwa di Port Arthur pada 1996 di negeri pulau selatan Tasmania, di mana 35 orang ditembak mati.

 ?? — Gambar Reuters ?? GARGASOULA­S tiba untuk dijatuhi hukuman di Mahkamah Agung Negeri Victoria di Melbourne, Australia pada Jumaat.
— Gambar Reuters GARGASOULA­S tiba untuk dijatuhi hukuman di Mahkamah Agung Negeri Victoria di Melbourne, Australia pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia