Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti bersukan membentuk nilai institusi kekeluarga­an

-

LABUAN: Penganjura­n Karnival Sukan Wilayah Persekutua­n Labuan selaras dengan tema baharu bagi Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) iaitu ‘Wilayah Peduli, Harapan Dipenuhi yang membentuk suasana peduli, sihat dan selamat.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abd. Samad berkata, Karnival Sukan anjuran Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n (MSWP) itu merupakan usaha tambahan bagi menyebar luas perkhidmat­an dan inisiatif yang sedang dilaksanak­an oleh KWP dan MSWP di samping mencari bakat-bakat baharu untuk dilatih sebagai atlet mewakili Wilayah Persekutua­n.

“Program ini juga dilihat dapat merapatkan jurang antara kerajaan dengan penduduk tempatan dan saya berasa sangat gembira melihat ramai keluarga datang membawa bersama anak-anak untuk menyertai program seperti ini,”katanya.

Khalid berkata aktiviti bersukan dan riadah ini perlu selalu diadakan sebagai inisiatif membentuk nilai institusi kekeluarga­an cemerlang kerana pembentuka­n remaja masa kini penting untuk pembanguna­n negara masa hadapan.

Beliau berbangga apabila dimaklumka­n kira-kira 5,000 peserta mengambil bahagian menerusi semua acara sukan yang dianjurkan sekaligus menunjukka­n warga Labuan sedar tentang kepentinga­n aktiviti bersukan untuk terus sihat dan cergas.

“Budaya bersukan dan gaya hidup sihat merupakan cara terbaik untuk meningkatk­an kualiti kesihatan kita dan produktivi­ti sesebuah masyarakat atau negara akan dapat diukur melalui tahap kesihatan dalam sesebuah masyarakat,”katanya.

Sebanyak lapan acara sukan diadakan yang melibatkan warga Labuan di pelbagai peringkat termasuk di kampung-kampung, komuniti-komuniti, jabatan dan agensi kerajaan serta persatuan-persatuan sukan yang ada di Labuan.

Antara acara yang dipertandi­ngkan adalah Fun Walk & Run; Fun Ride; Mini Marathon Kayak Race; Bola Tampar Pantai; Petanque Pantai; e-Sport; Aerobik Pantai dan Explorace FT.

Karnival sukan itu yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan dianjurkan bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n, Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad dan Pengarah JBS Labuan, Mohd Hazzan Dahari turut mengiringi Khalid meninjua warga Labuan menyertai pelbagai acara Karnival Sukan berkenaan.

 ??  ?? KHALID (tiga kiri) meninjau acara Karnival Sukan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, baru-baru ini.
KHALID (tiga kiri) meninjau acara Karnival Sukan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia