Utusan Borneo (Sabah)

Indahnya pantai ODEC

Warga UMS jayakan gotong-royong perdana, kutip 1.8 tan sampah

- Oleh YAP SIONG HAN

KIRA-KIRA 1,000 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalanka­n tanggungja­wab terhadap alam sekitar dengan mengadakan gotong-royong perdana membersihk­an kawasan pantai Pusat Pembanguna­n Luar (ODEC) UMS, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Pengerusi penganjur, Profesor Dr. Rossita Shapawi, berkata peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMS bersatu tenaga menjayakan program itu dengan menyaksika­n seberat 1.8 tan sampah berjaya dikutip.

“Selain memastikan kebersihan kawasan pantai terpelihar­a, program ini juga bertujuan memupuk semangat sayangkan pantai yang kini menjadi salah satu perkara yang ingin diterapkan pengurusan UMS .

“Dalam masa sama, penglibata­n warga UMS juga amat wajar bagi menerbitka­n rasa kepunyaan yang tinggi terhadap organisasi yakni UMS,” katanya ditemui semasa program gotongroyo­ng perdana itu.

Rossita yang juga Pengarah Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB) berkata, penganjura­n program itu secara tidak langsung turut mendidik pengunjung yang melawat pantai berkenaan untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai.

“Seperti kita sedia maklum, pantai ODEC

merupakan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, maka warga UMS sendiri perlu komited memastikan persekitar­an pantai sentiasa dalam keadaan terpelihar­a dan bersih,” katanya.

Program selama dua jam itu turut dihadiri Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Kamarudin yakin pantai ODEC berupaya menjadi pantai tarikan pelancong yang utama di bandar raya Kota Kinabalu dengan usaha ditunjukka­n warga UMS yang sentiasa mengadakan program membersihk­an pantai tanpa henti menerusi fakulti, institut, jabatan dan Pusat.

“Dahulu Pantai ODEC ini terasa sunyi dan sedikit terbiar, namun apabila kita memperkena­lkan konsep pelanconga­n ekokampus, kita melihat pantai ODEC sebagai nadi utama pelanconga­n berasaskan pendidikan.

“Maka, sejak itu kita giatkan pendekatan membersih pantai secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa pelajar dan kakitangan UMS yang ditemui turut menyokong usaha UMS menganjurk­an gotongroyo­ng itu.

Timbalan Pengarah Penyelidik­an dan Inovasi IPMB, Profesor Madya Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh berkata, aktiviti seumpamany­a sangat signifikan bagi mengelak ancaman terhadap hidupan laut serta ekosistem marin sedia

ada.

“Acara ini sangat bertepatan dan sekali gus menghindar­kan pencemaran yang boleh memberi ancaman kepada hidupan marin,” katanya.

Seorang pelajar program Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) UMS, Norcikeyon­n Samuni, pula berkata usaha membersihk­an kawasan pantai itu adalah satu langkah murni dan sewajarnya disematkan dalam diri setiap individu tanpa mengira peringkat umur.

“Memelihara dan memulihara pantai adalah tanggungja­wab bersama dan saya seronok menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini bersama rakan-rakan universiti.

“Saya berpendapa­t ia perlu diperkasak­an melalui modul-modul pendidikan sedia ada,” katanya.

Seorang lagi pelajar program PhD di IPMB, Noor Amalia Shaiful Kahar berpendapa­t, gotong-royong perdana yang dianjurkan UMS adalah sangat baik

dan harus diteruskan selain menjadi salah satu aktiviti riadah untuk warga kampus.

“Hampir saban hari kita

mendengar isu hidupan marin seperti paus, dolfin dan burung dijumpai mati atau tersadai ditepi pantai

“Selain memastikan kebersihan kawasan pantai terpelihar­a, program ini juga bertujuan memupuk semangat sayangkan pantai yang kini menjadi salah satu perkara yang ingin diterapkan pengurusan UMS .

dan ramai yang tidak sedar akan salah satu puncanya adalah disebabkan oleh plastik.

“Sebagai contoh, plastik seberat 4.25 kilogram yang dijumpai di dalam perut seekor ikan paus pada Mac 2015 dikatakan sebagai antara punca kematianny­a di

perairan Teluk Likas,” katanya.

Bagi Mohd Shahrul, pelajar tahun satu program prasiswaza­h, dia berasa seronok apabila dapat melakukan aktiviti gotongroyo­ng bersama rakanrakan.

“Membersihk­an pantai beramai-ramai menyebabka­n saya tidak berasa penat walaupun jarak yang dilalui tanpa disedari adalah sejauh dua kilometer dengan meniti celah-celah batu bagi mengutip sampahsamp­ah kecil.

“Mungkin salah satu sebab adalah wujud kerjasama erat dan rasa kepunyaan yang tinggi terhadap pantai dan universiti ini serta kesedaran bahawa menjaga persekitar­an alam semula jadi adalah satu amalan yang mulia,” katanya.

 ??  ?? (Gambar kanan) WARGA UMS turut mengutip sampah di celah-celah batu di tebing pantai UMS.
(Gambar kanan) WARGA UMS turut mengutip sampah di celah-celah batu di tebing pantai UMS.
 ??  ?? KAMARUDIN (tiga kiri) mengambil gambar kenangan bersama peserta gotong royong. Turut kelihatan Rossita (empat kiri).
KAMARUDIN (tiga kiri) mengambil gambar kenangan bersama peserta gotong royong. Turut kelihatan Rossita (empat kiri).
 ??  ?? ROSSITA (kiri) dan Sitti sama-sama mengutip sampah di pantai.
ROSSITA (kiri) dan Sitti sama-sama mengutip sampah di pantai.
 ??  ?? (Gambar atas) WARGA UMS mengutip sampah di tepi pantai.
(Gambar atas) WARGA UMS mengutip sampah di tepi pantai.
 ??  ?? ANTARA sampah yang berjaya dikutip warga UMS
ANTARA sampah yang berjaya dikutip warga UMS
 ??  ?? ANTARA warga UMS yang hadir pada gotong royong perdana.
ANTARA warga UMS yang hadir pada gotong royong perdana.
 ??  ?? JUMLAH sampah yang berjaya dikutip.
JUMLAH sampah yang berjaya dikutip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia