Utusan Borneo (Sabah)

Kertas kerja wajib guna pelabelan dan produk cekap air SPAN siap 80 peratus

-

KUALA LUMPUR: Kertas Kerja Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) bagi mewajibkan pelabelan dan penggunaan produk cekap air di setiap premis kini siap 80 peratus untuk dibawa ke parlimen.

Pengarah Eksekutif Jabatan Kawal Selia Air SPAN, Marzuki Mohamad berkata perkara itu hasil usaha SPAN sejak 2017, namun mengambil masa kerana melibatkan beberapa prosedur yang perlu dibincang dan dipatuhi sebelum ia boleh dijadikan mandatori.

“SPAN akan berusaha memastikan ia dilaksana dan dibawa secepatnya ke Parlimen pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Projek Rintis Penggunaan Produk Cekap Air di Masjid Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) di sini, pada Jumaat.

Oleh kerana proses itu mengambil masa, SPAN telah mengambil langkah awal bagi tujuan penjimatan air di bawah amalan Pengurusan Permintaan Air.

Antaranya mencadangk­an produk cekap air digunakan secara sukarela di semua projek baru kerajaan, tandas awam, Institusi Pengajian Tinggi, sekolah dan masjid,” katanya.

Menerusi projek rintis yang bermula pada 2017 itu, SPAN dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Pengurusan Air Selangor (AiS) memilih tiga buah masjid di Selangor termasuk Masjid BTHO berdasarka­n kapasiti jemaahnya, penganjura­n aktiviti serta kemudahan sedia ada.

Dua lagi masjid terpilih adalah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Puchong dan Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dengan setiap masjid diperuntuk­kan RM20,000 bagi tujuan pemasangan pili wuduk cekap air menggantik­an pili wuduk sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia