Utusan Borneo (Sabah)

‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ pukau Jakarta

- Oleh MUHAMMAD ZAINI MOHD ZIN

DATUK Seri

Siti Nurhaliza Tarudin memukau para penonton melalui persembaha­n di konsert jelajahnya yang pertama ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ di Stadium Istora Senayan, Jakarta pada Khamis lepas.

Penyanyi No. 1 Malaysia, Siti Nurhaliza yang telah berehat lama setelah bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa menyampaik­an lebih 25 buah lagu.

Siti yang lebih mesra dipanggil Tokti turut menyanyika­n lagu ‘Happy

Birthday’ sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran suaminya barubaru ini.

Artis lelaki popular dari Indonesia, Tulus bergabung pentas bersama Siti sebagai artis undangan menyampaik­an sebuah lagu iaitu ‘Seindah Biasa’.

“Ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Saya benar-benar diberkati. Tentunya saya tidak bisa melakukan ini sendiri tanpa dukungan kalian para penghuni Sitizoners, penggemar setia dan pengasih saya,” jelas Siti kepada Bernama.

Jualan Tiket Di Lokasi Seterusnya

‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ merupakan konsert jelajah terbesar beliau yang merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun bermula di Indonesia (Jakarta), Singapura (pada 2 Mac) dan kembali ke Malaysia, iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 16 Mac ini.

Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihak produksi dan pengurusan sedang berbincang bagi mengembali­kan semula detik bersejarah di Royal Albert Hall, London berserta di beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi.

Siti akan membawa peminat mengenalin­ya dengan lebih dekat melihat kejadian di belakang tabir melalui filem dokumentar­i sepanjang perjalanan konsert jelajah bertajuk ‘They Call Me Siti Seorang Wanita, 2 Dekad, Beribu Perjalanan’.

Menurut Shirazdeen, filem dokumentar­i itu diarah oleh Anusha Peterson dan bakal menemui peminat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan

Brunei pada suku tahun ini.

Menerusi filem ini, peminat akan menyaksika­n bagaimana dalam kesibukan Siti menjaga Siti Aafiyah dan menjalani latihan menari, muzik, ‘fitness’ sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsun­g.

‘Meet And Greet’

Seramai 100 peminat bertuah terpilih daripada belian tiket ‘Meet and Greet’ untuk berada di belakang pentas bertemu Siti sehari selepas konsert yang diadakan di Hotel Raffles, Jakarta. Harga tiket bermula serendah RM105 bagi Bronze, RM155 - Silver, RM255 - Gold, RM355 - Platinum, RM 495 - Diamond dan RM1,295 ‘Meet and Greet’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shirazproj­ects.com atau www.myticket.asia bagi mendapatka­n tiket konsert di lokasi yang seterusnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SITI Nurhaliza Tarudin bersama peminat di Jakarta.
— Gambar Bernama SITI Nurhaliza Tarudin bersama peminat di Jakarta.
 ?? — Gambar Bernama ?? SITI bersama penyanyi popular Indonesia Rossa selepas konsert selesai.
— Gambar Bernama SITI bersama penyanyi popular Indonesia Rossa selepas konsert selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia