Utusan Borneo (Sabah)

MPWS sentiasa perkasa golongan wanita Sabah

-

KOTA KINABALU: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)sentiasame­mperkasa golongan wanita di negeri ini dari pelbagai sudut, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong.

Menurutnya, tugas organisasi tersebut amat pentingdal­ammelaksan­adasar serta program yang memberi faedah kepada wanita di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“MPWS secara dasarnya ditubuhkan dengan objektif menggalak, memudahkan dan meningkatk­an peluangpel­uang penyertaan wanita dalam pembanguna­n sosioekono­mi Sabah.

“Mereka bertindak sebagai penyelaras, badan penasihat dan perunding kepada kerajaan negeri yang berkaitan dengan isu-isu wanita di Sabah.

“MPWS juga bertindak sebagai perantara di antara kerajaan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan wanita bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n Pembantu Menterinya, Norazlina Arif dalam Majlis Malam Penghargaa­n MPWS sesi 2017-2018 di sini, pada Jumaat malam.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa menggalakk­an lebih ramai wanita menceburi bidang yang lebih mencabar dan melibatkan kemahiran tertentu bersesuaia­n dengan arus perubahan teknologi yang semakin pesat.

“Melalui tujuh jawatankua­sa MPWS iaitu ekonomi, gender, pendidikan, sosial, media, kesihatan dan undang-undang, kita memberi kesedaran dan ilmu pengetahua­n bahawa wanita bukan sekadar perlu keluar dari kepompong yang membelengg­u fungsi dan pemikiran mereka, tetapi harus bergerak maju seiring dengan kemajuan negara dalam era pembanguna­n global,” jelas Stephen.

Beliau berharap agar semua pihak bekerjasam­a membangkit­kan semangat wanita untuk terus terlibat dalam pembanguna­n negeri dannegara,menjadipen­yuntik semangat serta pendorong kepada kemajuan bersama seterusnya memperkuku­hkan komitmen yang sedia ada.

Hadir sama, mantan Pengerusi MPWS Sesi 20172018 Datuk Dr Tarsiah TZ Taman dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Masturah Jamrah.Artikle sumbangan Jabatan Penerangan

 ??  ?? WAKIL Jawatankua­sa MPWS Media, Marryan Razan menerima sijil penghargaa­n dari Norazlina (tiga dari kiri).
WAKIL Jawatankua­sa MPWS Media, Marryan Razan menerima sijil penghargaa­n dari Norazlina (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia