Utusan Borneo (Sabah)

Bina kilang Silica Sand di Sabah

Kerajaan negeri berunding dengan China

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri kini dalam rundingan untuk menjalinka­n kerjasama dengan pelabur dari negara China berkaitan pembinaan kilang pembuatan produk Silica Sand.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, sekiranya rundingan itu berjaya, jumlah pelaburan diperoleh mencecah 1 bilion USD dan berpotensi mewujudkan 2,800 peluang pekerjaan.

Katanya, kilang itu dijangka akan beroperasi di tanah berkeluasa­n 230 ekar di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP).

“Syarikat ini sudah beroperasi di negeri Melaka dan mereka sekarang mencuba untuk membuat cawangan yang lebih besar lagi.

“Saya sendiri sudah melawat ibu pejabat mereka di China dan saya sangat yakin dengan kemampuan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival One Stop Centre Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Wilfred yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perundustr­ian itu berkata, selain membincang­kan aspek pengoperas­ian, kementeria­nnya juga meneliti aspek lain bersama syarikat luar terbabit.

“Ada juga beberapa perkara yang kita bincang terutama sekali dari aspek harga gas daripada Petronas.

“Itu adalah faktor yang sangat penting, selain perkara lain yang sudah kita bincang seperti harga tanah, pasir dan sebagainya.

“Mudah- mudahan dalam masa terdekat ini, kerjasama akan berjaya dipersetuj­ui bersama antara kedua-dua pihak,” katanya.

Ditanya mengenai sebahagian kilang yang merungut kononnya tarif elektrik tinggi di negeri ini, beliau berkata, ia ekoran sebahagian struktur pembekalan tenaga datang dari syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang masih menggunaka­n sumber diesel dan sebagainya.

Atas sebab itu pihaknya kini berusaha untuk memastikan Kabinet Persekutua­n akan terus bersetuju menyerahka­n semula Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri.

“Rundingani­nikitabole­hselesaika­ndalam tempoh satu tahun. Itu terma yang sudah ditetapkan. Sebab kita merasakan kalau dua tahun lama dan perlu dipercepat­kan.

“Jadi kedua-dua pihak sedang berbincang perkara ini dan mudah-mudahan setelah ambil alih kita akan dapat mengawal selia bekalan elektrik sendiri. Ini bererti kita boleh sudah menentukan tarif kita sendiri,” katanya.

Tambahnya, beberapa aspek teknikal perlu diatasi bagi memastikan masalah dari segi pengagihan tenaga elektrik juga akan dapat diatasi segera.

Mengulas mengenai karnival yang berlangsun­g selama sehari itu, beliau sempat menyaranka­n orang ramai merebut peluang yang tersedia itu dan terus menimba ilmu keusahawan­an.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian Parlimen Sepanggar merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Karnival ‘One Stop Centre Sepanggar’ Mentoh Aru.

“Sekiranya rundingan itu berjaya, jumlah pelaburan diperoleh mencecah 1 bilion USD dan berpotensi mewujudkan 2,800 peluang pekerjaan.”

DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? MADIUS (dua, kiri) bersama tetamu kehormat yang lain melawat gerai pameran usahawan yang dibuka sepanjang karnival berkenaan.
MADIUS (dua, kiri) bersama tetamu kehormat yang lain melawat gerai pameran usahawan yang dibuka sepanjang karnival berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia