Utusan Borneo (Sabah)

Jawi jangka tempatkan mesin ATM beras di 85 masjid

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) menjangka 85 masjid di Wilayah Persekutua­n nanti akan dilengkapi dengan Mesin ATM beras, khusus bagi membantu 23,000 asnaf yang berdaftar dengan pihaknya menerima beras secara percuma.

Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata rancangan penempatan mesin ATM beras di masijid-masjid itu akan dibincangk­an lebih lanjut pada persidanga­n antara Jawatankua­sa Masjidmasj­id Wilayah Persekutua­n bulan depan.

“Mesin ATM beras pertama dilancarka­n di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat malam ini (Sabtu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesin ATM beras, di sini.

Mesin ATM berharga RM19,000 itu adalah kiosk pertama dalam negara dan mempunyai dua fungsi, iaitu mengeluark­an beras mengikut kuantiti diperlukan dan mempunyai tabung derma bagi mereka yang ingin menyumbang wang untuk tujuan isian semula.

Beliau berkata sehubungan itu Jawi mengalu-alukan sumbangan daripada badanbadan korporat untuk menjadi rakan strategik bagi bersama-sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Badan-badan korporat yang mempunyai bajet Tanggungja­wab Sosial Korporat diharap dapat menjadi rakan strategik masjid dan Jawi, dalam usaha mempermuda­hkan penyaluran bantuan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis itu 10 asnaf dari kawasan Datuk Keramat menerima kad pintar mesin berkenaan, yang melayakkan mereka menerima dua kilogram beras seminggu secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia