Utusan Borneo (Sabah)

BINCANG TUBUH SLAC

Kerajaan Pusat sentiasa bersikap terbuka, kata Kula Segaran

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu perbincang­an antara Kementeria­n Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri mengenai keperluan mewujudkan Majlis Penasihat Buruh Sabah (SLAC) akan diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata usaha itu perlu bagi memastikan undang-undang buruh sedia ada dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

Katanya, kementeria­n sentiasa terbuka membincang­kan perkara bagi menambah baik seterusnya memperkasa lagi pelaksanaa­n undang-undang berkaitan buruh di negeri itu.

"Kami akan berbincang dengan Kerajaan Sabah terlebih dahulu, kami merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Sabah dan Kongres Kesatuan Sekerja Sabah (MTUC) Sabah tidak lama lagi.

''Kami sentiasa terbuka untuk berbincang kerana ia tidak mendatangk­an sebarang kemudarata­n,'' katanya ketika ditanya mengenai permintaan Persatuan Majikan-Majikan Sabah (SEA) yang mahukan Sabah mempunyai Majlis Penasihat Buruh tersendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Malaysian Employers Federation (MEF) Sabah, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, SEA pernah menyuaraka­n masalah dihadapi majikan-majikan di Sabah. Walaupun terdapat MEF cawangan Sabah, namun ia tidak mewakili keseluruha­n majikan di negeri ini.

SEA berpendapa­t keadaan ekonomi di Sabah agak berbeza dengan Semenanjun­g. Malah, ada antara undang-undang sedia ada tidak pratikal untuk diguna pakai di Sabah.

Malah, ketiadaan wakil dari Sabah dalam jawatankua­sa teknikal Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) menyukarka­n majikan di sini menyuaraka­n masalah mereka.

Kula berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah mengenai cadangan untuk menempatka­n wakil majikan Sabah dalam jawatankua­sa teknikal NLAC.

Malah, beliau mencadangk­an NLAC turut mengadakan mesyuarat di Sabah dan Sarawak bagi mendengar permasalah­an dihadapi di kedua-dua negeri ini.

 ??  ?? KULA (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan selepas mempengeru­sikan mesyuarat MEF Sabah pada Isnin.
KULA (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan selepas mempengeru­sikan mesyuarat MEF Sabah pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia