Utusan Borneo (Sabah)

Rompak bersenjata: Bekas pengawal peribadi dipenjara lapan tahun

Rompak bersenjata di kedai serbaneka

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengawal peribadi dikenakan penjara lapan tahun, selepas mengaku salah merompak dengan menggunaka­n senjata di sebuah kedai serbaneka.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohamad Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rizal Usman, 30, yang disabitkan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh 14 tahun dan denda, serta boleh dikenakan sebatan.

Tertuduh yang bersenjata­kan sebilah pisau merompak seorang wanita dan lelaki masing- masing berusia 19 dan 20 tahun, serta merampas wang sebanyak RM90.50.

Kesalahan dilakukan pada 23 Oktober tahun lalu jam 7.30 malam di kedai 24 jam 7-Eleven, Jalan Kebajikan, Luyang.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu membuat laporan polis mengatakan semasa bekerja dengan rakannya, mereka dirompak tertuduh yang bersenjata­kan sebilah pisau.

Tertuduh berjaya ditangkap polis pada 28 Oktober tahun lalu dan setelah disoal siasat, tertuduh mengaku terlibat dalam kes terbabit.

Polis berjaya merampas senjata dan pakaian yang digunakan tertuduh ketika melakukan rompakan berkenaan.

Semasa rayuan, Rizal yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya berjalan serentak dengan hukuman yang dijalaniny­a sekarang.

“Saya mempunyai seorang anak berusia enam tahun yang bersekolah. Isteri saya juga tidak bekerja,” katanya.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Mahkamahme­merintahka­n tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia