Utusan Borneo (Sabah)

Sabah hanya berupaya hasilkan sehingga 100,000 tan beras

Sabah hanya berupaya hasilkan sehingga 100,000 tan beras

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KENINGAU: Sebanyak 221,026 tan beras yang dianggarka­n bernilai RM376 juta telah diimport ke negeri Sabah bagi memenuhi bekalan beras dalam setahun.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof berkata, Sabah ketika ini hanya berupaya mengeluark­an 80,000 hingga 100,000 tan beras daripada padi sawah dan padi bukit di negeri ini.

“Padi sawah menyumbang 80 hingga 90 peratus daripada jumlah pengeluara­n manakala selebihnya adalah daripada beras padi bukit.

“Keperluan purata beras negeri Sabah ialah 387,518 tan setahun manakala penggunaan purata ialah 305,724 tan setahun dengan kadar purata perkapita 82kg /orang/tahun bagi menampung penduduk seramai 3.87 juta orang (2017),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kursus Teknologi Peningkata­n Hasil Padi Ke Arah 10t/Ha anjuran bersama Jabatan Pertanian Sabah dan IADA Kota Belud, di sini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Daud percaya satu kaedah diperlukan bagi mempercepa­tkan serta menggandak­an pengeluara­n padi di Sabah dengan mengaplika­sikan pengunaan teknologi terkini yang sesuai.

Jelas beliau, antara teknologi yang boleh digunapaka­i ialah seperti penggunaan benih berpenghas­ilan tinggi HYV seperti TR8, TR9, TR10 dan lain-lain benih yang disyorkan oleh kerajaan.

“Kita berharap dalam masa terdekat DOA atau Mardi akan dapat menghasilk­an varieti padi yang bukan sahaja berpenghas­ilan tinggi tetapi juga tahan keadaan persekitar­an seperti tahan kemarau, tahan rebah, tahan banjir, tahan keadaan masin serta rintang terhadap serangan penyakit dan serangga perosak.

“Kita juga berharap agar para penyelidik kita dapat menghasilk­an varieti padi yang cepat matang iaitu 80 hingga 90 hari agar kita boleh menanam tiga kali setahun atau menghasilk­an varieti padi yang boleh dituai dua atau tiga kali, atau lebih dengan hanya menanam sekali sahaja,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan bekalan beras mencukupi selain memastikan harga beras berpatutan dan stabil sepanjang waktu termasuk menjamin kualitinya.

 ?? DAUD berucap pada majlis itu. ??
DAUD berucap pada majlis itu.
 ??  ?? DAUD merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta dalam majlis itu.
DAUD merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta dalam majlis itu.
 ??  ?? DAUD menerima cendera kenangan sempena majlis itu.
DAUD menerima cendera kenangan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia