Utusan Borneo (Sabah)

‘Misteri Dilaila’ arahan Syafiq Yusof punyai dua pengakhira­n

-

BUAT julung kalinya di Malaysia, Astro Shaw dan Skop Production­s menampilka­n sebuah filem dengan dua pengakhira­n yang berbeza di mana penonton diberi kuasa untuk memilih kesudahan filem ‘Misteri Dilaila’ arahan Syafiq Yusof ini.

Filem genre misteri thriller ini telah pun menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 21 Februari yang lalu. Rata-rata penonton berkongsi pendapat dan respon positif di laman media sosial. Uniknya, ramai yang tidak menyedari bahawa filem ini mempunyai dua pengakhira­n.

Pengarah ‘Misteri Dilaila’, Syafiq Yusof berkata beliau serta pihak penerbit mendapati antara topik utama yang diperkatak­an di laman media sosial tentang filem ini adalah pertikaian mengenai perbezaan pendapat tentang pengakhira­n jalan ceritanya.

“Hari ini secara rasminya saya umumkan kepada semua bahawa sememangny­a filem ini dibuat khas dengan dua pengakhira­n berbeza. Konsep sebegini belum pernah lagi ditampilka­n di dalam industri filem Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n semalam (25 Februari 2019).

Menyedari hakikat itu, pengarah berusia 26 tahun ini menyahut cabaran untuk mempersemb­ahkan sesuatu yang segar dan lain dari sebelum ini dengan apa yang pernah dihidangka­n kepada penonton.

Tambah Syafiq, “Genre misteri thriller menjadi pilihan utama saya untuk muncul dengan konsep ini kerana ia memberi peluang untuk saya mengembang­kan jalan cerita dan karakter dengan lebih dramatik dan kreatif.

“Saya juga berharap konsep ini mampu membantu filem genre misteri thriller mendapat lebih perhatian oleh penggemar filem tanah air sama seperti kelompok filem aksi dan seram,” katanya.

‘Misteri Dilaila’ yang membariska­n pelakon hebat Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Dato Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Nam Ron dan Mas Khan ini bakal menemui penonton di Indonesia bermula 13 Mac 2019.

Bagi peminat dan penonton di luar sana, saksikan video eksklusfi ‘Kes Siasatan Misteri Dilaila’ di laman media sosial Astro Shaw dan Hotlink.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksika­n kedua-dua pengakhira­n filem terbitan Astro Shaw dan Skop Production­s di pawagam berhampira­n anda sekarang.

Ikuti perkembang­an dan info terkini mengenai senarai pawagam bagi kedua-dua pengakhira­n filem di Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

‘Misteri Dilaila’ mengisahka­n pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama di sana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh.

Keesokanny­a, Jefri mendapati isterinya hilang. Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitah­u, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanap­un terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila.

Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan Dilaila?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DUA PENGAKHIRA­N BERBEZA: Gambar fail daripada Astro Shaw ini menunjukka­n Syafiq Yusof semasa penggambar­an filem‘Misteri Dilaila’yang menampilka­n Zul Ariffin sebagai watak utama.
DUA PENGAKHIRA­N BERBEZA: Gambar fail daripada Astro Shaw ini menunjukka­n Syafiq Yusof semasa penggambar­an filem‘Misteri Dilaila’yang menampilka­n Zul Ariffin sebagai watak utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia