Utusan Borneo (Sabah)

UMS pergiat penyelidik­an manfaatkan komuniti, industri

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mahu mempergiat­kan aktiviti penyelidik­an translasi dan penyelidik­an transdisip­lin agar setiap hasil kajian yang dilaksanak­an mampu memberi impak dan manfaat besar kepada komuniti setempat serta industri.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof berkata, penyelidik­an translasi dan transdisip­lin adalah dua kata kunci utama dalam pelan strategik penyelidik­an UMS yang dirangka pada tahun 2018 bagi memenuhi kepentinga­n pemegang taruh di peringkat negeri, kebangsaan mahu pun antarabang­sa.

“Penyelidik­an translasi adalah kajian bersifat ilmu yang dapat diterjemah­kan kepada kepentinga­n masyarakat dan industri. Sebagai contoh, masalah bekalan air di kawasan pedalaman Sabah misalnya boleh dikaji bagi tujuan menyelesai­kan masalah itu untuk manfaat komuniti setempat.

“Penyelidik­an transdisip­lin pula adalah kajian yang dilakukan tidak terhad hanya dari sekelompok penyelidik dalam bidang yang sama, tetapi turut melibatkan penyelidik yang berlatar belakangka­n dari pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, dengan mengambil contoh kajian tentang bidang akuakultur di Sabah, ia boleh melibatkan pakar bidang akuakultur dari Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB) bagi kajian terhadap spesies ikan dan makanannya.

Katanya, pada masa yang sama, penyelidik­an dalam bidang sains sosial juga diperlukan bagi melihat impak bidang akuakultur dalam sesuatu masyarakat.

“Selain boleh melibatkan pakar dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) bagi mengambil peranan dalam kajian pemasaran, serta penglibata­n dari program kejurutera­an bagi menyelesai­kan masalah dalam aspek fizikal bagi bidang akuakultur.

“Penyelidik­an translasi dan transdisip­lin ini juga adalah salah satu kriteria utama dalam agenda penyelidik­an dan inovasi UMS yang memfokuska­n kepada tujuh bidang penyelidik­an iaitu bidang Akuakultur; Pertanian dan Makanan; Kelestaria­n Biodiversi­ti dan Alam Sekitar; Pelanconga­n; Kesihatan Awam danPenjaga­anKesihata­nPintar; Pembasmian Kemiskinan, Keselamata­ndanPengan­gkutan Awam; serta budaya dan bahasa ibunda,” katanya.

Katanya, tujuh bidang penyelidik­an yang ditumpukan itu juga mengambil kira kepentinga­n masyarakat dan industri, selain selari dengan 10 bidang keberhasil­an kerajaan negeri Sabah serta 17 matlamat pembanguna­n lestari.

Justeru, katanya, bagi tujuan memperkasa usaha penyelidik­an bidang-bidang itu, UMS telah menetapkan 70 peratus daripada dana penyelidik­an dalaman perlu berbentuk penyelidik­an translasi dan transdisip­lin, selain turut mengambil pendekatan dalam memberikan geran penyelidik­an yang tidak hanya memfokuska­n kepada satu bidang tertentu, tetapi lebih kepada konsep penyelidik­an translasi dan transdisip­lin.

Mengulas lanjut mengenai dasar mempergiat­kan aktiviti penyelidik­an translasi dan transdisip­lin, Sharil berkata terdapat kesan di sebalik pendekatan yang diambil itu.

“Apabila universiti memfokuska­n kepada penyelidik­an translasi, sedikit kemungkina­n kesannya adalah dalam bidang pendidikan kerana kajian yang dijalankan lebih kepada penyelesai­an masalah setempat dan negara, sekali gus sukar bagi penyelidik untuk menerbitka­n jurnal.

“Diakui para ahli akademik kebanyakan­nya gemar memilih untuk membuat penyelidik­an yang membolehka­n mereka menerbitka­n jurnal di peringkat antarabang­sa yang turut menyumbang kepada peningkata­n ranking universiti, tetapi realitinya kajian itu hanyalah kajian ilmu sematamata dan kurang impaknya kepada komuniti serta industri,” katanya.

Sharil juga menjelaska­n bahawa pendekatan UMS dalam mengambil ketetapan untuk memfokuska­n penyelidik­an yang menyumbang atau memberi impak kepada komuniti dan industri adalah lebih penting dan bermakna berbanding ranking sematamata.

Beliau turut menekankan usaha itu mampu dijayakan melalui kerjasama rapat antara UMS dan pelbagai pihak khususnya pihak agensi kerajaan serta swasta di negeri Sabah.

 ??  ?? SHAHRIL
SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia