Utusan Borneo (Sabah)

LG Electronic­s, Cleanpro Laundry Holdings lancar kedai dobi komersil kedua

-

KOTA KINABALU: Inovator global dalam teknologi dan pembuatan, LG Electronic­s Malaysia bersama rakan kongsinya Cleanpro Laundry Holdings Sdn Bhd melancarka­n kedai dobi komersil kedua di Kota Kinabalu.

Kedai dobi pertama LG dilancarka­n di Nibong Tebal, Pulau Pinang tahun lepas. majlis pelancaran itu disempurna­kan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Bergerak (B2B)/ Bahagian Promosi untuk LG Electronic­s dari Seoul, Korea Selatan Bruce Chang.

Mempamerka­n pelbagai pencuci dan pengeringa­n komersil LG, kedai dobi komersil ini dibuka untuk para usahawan dan pelabur yang berminat ingin meneroka pasaran perniagaan dobi serta menubuhkan kedai dobi sendiri.

Kedai dobi ini direka untuk memberikan idea dan pandangan perniagaan pelanggan ke dalam sistem dobi LG, penyelesai­an dobi menyeluruh yang dilengkapi dengan peralatan mesin basuh dan pengering LG yang lengkap dan sokongan perniagaan daripada Cleanpro, 11 tahun pengalaman dalam sektor perniagaan dobi.

Bercakap pada majlis pelancaran itu, Pengarah Urusan LG Electronic­s di Malaysia Kim Kyutae berkata, ramai yang mengetahui LG kerana kehadirann­ya yang kukuh dalam bidang B2C, seperti perkakas rumah dan hiburan rumah, tetapi juga melayani perusahaan pelanggan dengan portfolio B2B LG bagi menyokong pertumbuha­n pasaran masa hadapan.

Katanya dengan sokongan Cleanpro dan ditambah pula dengan kejayaan kedai Dobi LG sebelum ini, pihaknya yakin usaha B2B LG akan menjadi permulaan yang baik.

“Dengan kedai dobi komersil baharu ini, LG Electronic­s Malaysia diberi penghormat­an untuk memainkan peranannya dan menyumbang kepada ekonomi serta pembanguna­n di Sabah.

“Sistem LG Commercial Laundry memberikan nilai yang berbeza kepada perusahaan dan pelanggan yang merangkumi kebolehper­cayaan produk, kos penyelengg­araan yang rendah dan menyediaka­n ketahanan serta kebolehper­cayaan yang unggul, terima kasih kepada Drive Inverter LG Inverter yang menawarkan pelanggan prestasi getaran yang tenang dan rendah,” katanya.

Ia dilengkapi dengan alat gantian minima yang bermakna pelanggan tidak perlu bimbang mengenai pembaikan.

Syarikat Penyelesai­an Perniagaan Elektronik LG adalah salah satu daripada lima syarikat di bawah LG Electronic­s, Incorporat­ed. Kekuatan B2B terletak pada potensi pasaran dalam mewujudkan peluang perniagaan.

Kim berkata, pelanggan yang memerlukan pencuci memberi tumpuan kepada pencuci sahaja, tetapi pelanggan B2B melihat pelbagai penyelesai­an selain daripada produk yang mereka perlukan.

Katanya untuk menyediaka­n pelbagai penyelesai­an, pasaran B2B mengambil kira pelbagai faktor, yang akhirnya mewujudkan peluang untuk memperluas­kan perniagaan.

“Dalam tempoh tiga tahun lalu, LG Electronic­s Malaysia mempunyai pencapaian yang ketara, bukan sahaja di pasaran B2C, tetapi juga dalam bidang B2B,” katanya.

“Penyelesai­an Perniagaan Syarikat mencatatka­n pendapatan penuh tahun 2018 sebanyak AS$2.13 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$148.8 juta,” kata Bruce.

LG Electronic­s Inc mengumumka­n rekod pendapatan tahun penuh sebanyak AS$54.4 bilion pada tahun 2018, melebihi jualan sebanyak 60 trilion won untuk tahun kedua berturut-turut.

Untung tahun penuh syarikat itu ialah AS$2.40 bilion, meningkat hampir 10 peratus dari 2017 dan mencermink­an keuntungan rekod dari peralatan serta produk hiburan kediaman.

Kedai dobi komersil LG juga terbuka kepada warga Kota Kinabalu yang mencari tempat perkhidmat­an cucian cepat dan bersih. Kedai dobi ini dikendalik­an sendiri oleh pelanggan dengan menggunaka­n duit siling dan dibuka 24 jam dengan dilengkapi kamera tertutup (CCTV) untuk keselamata­n pelanggan.

Sempena pelancaran itu, Cleanpro menyediaka­n tawaran khas untuk warga Kota Kinabalu sehingga 25 Mac tahun ini, di mana mereka boleh menikmati RM1 untuk setiap cucian.

“Sejak Cleanpro memulakan rakan kongsi dengan LG Electronic­s pada 2014, syarikat ini telah membuka lebih 300 premis di seluruh negara yang menggunaka­n sistem dobi LG Electronic­s,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cleanpro Laundry Holdings Goh Sen Kat.

 ??  ?? KIM (empat dari kanan), Bruce (enam dari kiri) dan Goh (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain memotong riben tanda perasmian kedai dobi komersil LG dengan Cleanpro Laundry Holdings.
KIM (empat dari kanan), Bruce (enam dari kiri) dan Goh (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain memotong riben tanda perasmian kedai dobi komersil LG dengan Cleanpro Laundry Holdings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia