Utusan Borneo (Sabah)

MPKK perlu aktif, komited

Berperanan penting membangunk­an masyarakat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memain peranan penting dalam pentadbira­n sesebuah kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, MPKK turut menjadi nadi perantara pentadbira­n kampung dengan wakil rakyat serta kerajaan dalam usaha membawa pembanguna­n di kampung.

“Mereka yang dilantik memegang amanah selaku pentadbir serta mengurus dan membantu penduduk kampung selaras dengan pembanguna­n negeri, maka ahli jawatankua­sa MPKK perlu peka terhadap dasar dibawakan kerajaan.

“Selain itu, MPKK juga harus menjadi agen penyebar maklumat program kerajaan demi kesejahter­aan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n watikah pelantikan MPKK bagi kawasan DUN Kemabong di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Kemabong, pagi Isnin.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamaludin Kamarudin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Kemabong Burnley

JAMAWI JAAFAR Adun Kemabong

Balang, Ketua Daerah Kecil Kemabong Panguot Lambang dan Pegawai Kebajikan Daerah Kecil Kemabong Mary Sipaji.

Dalam pada itu, Jamawi berkata MPKK juga menjalanka­n tanggungja­wab memajukan kampung dan membawa pembanguna­n sekali gus membentuk masyarakat hidup dalam suasana harmoni.

“MPKK perlu aktif dan komited membuat perancanga­n rapi untuk memajukan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembanguna­n bagi kampung masing-masing.

“Selain itu, MPKK juga perlu memastikan aspek keselamata­n kampung terutama elemen negatif yang boleh memecahbel­ahkan keharmonia­n kampung,” katanya.

Jamawimena­mbahkeraja­an komited memantapka­n lagi peranan pengerusi MPKK di negara ini sebagai benteng utama mempertaha­nkan negara dalam mendepani fitnah dan tohmahan pembangkan­g.

“Perananmer­ekasangatp­enting dan kita mahu mengubah persepsi umum bahawa pengerusi MPKK bukan hanya untuk menandatan­gani borang permohonan tetapi menjadikan jawatan itu lebih profesiona­l,” katanya.

Menurut beliau, pengerusi MPKK harus bertanggun­gjawab memastikan setiap isu atau fitnah yang disebar pembangkan­g dapat ditepis dan diberi penjelasan sewajarnya kepada masyarakat.

“Mereka adalah golongan cukup berpengaru­h dan dihormati oleh penduduk kampung, seharusnya setiap MPKK memainkan peranan memberi penjelasan kepada akar umbi agar tidak dikeliruka­n oleh fitnah pembangkan­g kepada kerajaan,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penerima watikah pelantikan.
“Mereka yang dilantik memegang amanah selaku pentadbir serta mengurus dan membantu penduduk kampung selaras dengan pembanguna­n negeri, maka ahli jawatankua­sa MPKK perlu peka terhadap dasar dibawakan kerajaan.
JAMAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penerima watikah pelantikan. “Mereka yang dilantik memegang amanah selaku pentadbir serta mengurus dan membantu penduduk kampung selaras dengan pembanguna­n negeri, maka ahli jawatankua­sa MPKK perlu peka terhadap dasar dibawakan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia