Utusan Borneo (Sabah)

400 sertai Seminar Wanita Islam Pada Alaf Baharu 2019

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 400 muslimah sekitar Sandakan dan Lahad Datu telah menyertai Seminar Wanita Islam Pada Alaf Baharu 2019 bertempat di Dewan Kuliah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Sandakan, di sini pada Ahad.

Seminar itu telah membincang­kan pelbagai topik menarik dan ilmu agama yang berkaitan cabaran-cabaran wanita pada masa kini.

Pegawai Perhubunga­n Parlimen Batu Sapi Adin Haji Ismail dalam ucapan perasmiann­ya berkata, pihak kerajaan menyambut baik usaha badan-badan bukan kerajaan dalam membantu mendidik masyarakat agar mengamalka­n nilai moral dan akhlak tinggi sekali gus sebagai usaha murni ke arah mencegah gejala negatif.

“Saya merakamkan setinggi penghargaa­n buat penceramah undangan iaitu Tuan Syeikh Haji Lokeman Hazli Haji Azali yang merupakan pakar rujuk di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan adalah seorang pendakwah yang sangat berpengala­man luas berceramah di lebih 20 negara seluruh dunia.

“Kita bersyukur kerana di saat datangnya pelbagai ujian akhir zaman, negeri kita juga didatangka­n dengan ulamaulama yang terus mendidik masyarakat. Semoga dengan usaha dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti dan berilmu pengetahua­n dalam membangunk­an negara,” katanya.

Hadir sama, Ketua Unit Pentadbira­n Jabatan HalEhwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Bahagian Sandakan Raman Rabi, Pengerusi Persatuan Moral dan Pembanguna­n Insan Malaysia Cawangan Sandakan Dr Haji Baso Mapatang, Ketua Anak Negeri Karamuntin­g Haji Ahmad Haji Syed Omar Ali dan Pengarah Program Seminar Wanita Islam Pada Alaf Baharu Syed Nahar Syed Amirul.

Bicara hati yang disampaika­n oleh Syeikh Haji Lokeman berjaya meruntun jiwa setiap peserta dengan perkongsia­n ilmu agama yang amat mendalam terutama ketika membincang­kan topiktopik cabaran wanita alaf baharu dalam menghadapi era globalisas­i, mengimbang­i keperluan kerjaya dan tugas asasi, masalah pergaulan sosial, kecenderun­gan materialis­tik, kejutan budaya negatif dan ancaman gerakan yang meruntuhka­n akidah Islam.

 ??  ?? SYEIKH Haji Lokeman ketika menyampaik­an ceramah dalam Seminar Wanita Islam Pada Alaf Baharu 2019 di Sandakan pada Ahad.
SYEIKH Haji Lokeman ketika menyampaik­an ceramah dalam Seminar Wanita Islam Pada Alaf Baharu 2019 di Sandakan pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia