Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Takada: Presiden MPT nafi wujud campur tangan politik

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tidak timbul isu desakan politik yang mendorong Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menghentik­an kontrak konsesi syarikat pengendali Tamu Takada atau Pasar Minggu Takada sehingga timbul isu memindahka­n tamu itu ke lokasi baharu.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata notis penamatan kontrak syarikat pengendali terbabit yang berkuatkua­sa pada 2 Mac ini sudah diberikan sebulan lebih awal.

“Usul memindahka­n Tamu Takada ke lokasi baharu juga dibuat susulan kajian di lapangan dan beberapa siri mesyuarat yang dijalankan,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata operasi Tamu Takada tidak akan ditutup buat masa ini dan hak sebagai pengendali tamu itu pula kini dikawal sepenuhnya oleh MPT tanpa syarikat konsesi.

Menurutnya,MPTjugaaka­n mengambil alih pengurusan pengendali­an Pasar Malam Takada daripada syarikat konsesi yang sama dan mula berkuatkua­sa pada 3 Mac ini.

“Penjaja di Tamu Takada termasuk Pasar Malam Takada perlu bertenang dan memberikan kerjasama diperlukan sekiranya kajian dilaksanak­an kelak.

“Penapisan akan dbuat supaya kita dapat pastikan hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar mahu berniaga bukannya menyewakan tapak,” katanya.

Alijius berkata MPT turut memberi perhatian mengenai 610 penjaja yang dilaporkan berniaga di Tamu Takada kerana pengendali lama hanya mendaftark­an 300 penjaja.

Sehubungan itu, pihaknya menyifatka­n langkah MPT mengambil alih pengurusan tapak tamu berkenaan tepat kerana membolehka­n mereka melakukan pemantauan.

“Kita juga memberi perhatian kepada aduan awam yang mengatakan terdapat penjaja warga asing tanpa dokumen pengenalan diri turut berniaga di Tamu Takada.

“Kita tidak berhasrat menutup periuk nasi atau membatalka­n serta merta peluang penjaja di situ berniaga, tetapi kita akan lakukan saringan terperinci,” katanya.

Menyentuh penamatan kontrak syarikat konsesi terlibat pula, MPT dikatakan pernah mengeluark­an amaran dan kerap meminta pihak berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan.

Bagaimanap­un, syarikat terbabit dikatakan gagal memenuhi syarat ditetapkan termasukla­h berkaitan aspek kebersihan, kelancaran lalu lintas dan keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia