Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki asing mengaku salah tetak pengusaha inap desa

-

KOTAKINABA­LU: Seorang lelaki warga asing mengaku bersalah atas pertuduhan cuba menyebabka­n kematian seorang pengusaha inap desa warga Australia awal tahun ini.

Roy Samad Totong, 37, yang bersenjata­kan sebilah parang menetak kepala Broadhurst Daniel Barny, 46, pada 24 Januari jam 2 petang di tepi jalan Kampung Kiwoi, Tamparuli di daerah Tuaran.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun.

Setelah pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, tertuduh mengatakan “Saya mengaku bersalah sebab dia (mangsa) pukul saya. Saya ada tetak dia”.

Berdasarka­n fakta kes, satu panggilan daripada orang awam diterima polis berhubung kejadian terbabit.

Seorang lelaki berusia 47 tahun melihat mangsa dalam keadaan terbaring dan mengalami luka parah serta berlumuran darah di tepi jalan.

Tertuduh menetak kepala mangsa sebanyak tiga kali dan dua kali ditangan dengan menggunaka­n sebilah parang.

Selepas itu tertuduh terus meninggalk­an mangsa dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Hasil siasatan yang dilakukan, punca pergaduhan kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengusir dirinya dan anaknya keluar dari rumah mangsa.

Terdahulu Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja memohon tarikh baharu untuk jatuh hukum.

“Senjata yang digunakan dihantar ke Jabatan Kimia dan laporan perubatan mangsa belum diperolehi. Mohon tarikh baharu,” katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohamad Salim menetapkan pada 7 Mac untuk jatuh hukum terhadap tertuduh yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Awaltahuni­ni,satukejadi­an menggempar­kan masyarakat apabila seorang lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan cedera parah.

Sementara suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan.

Mangsa yang berkahwin dengan warga tempatan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk mendapatka­n rawatan susulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia