Utusan Borneo (Sabah)

Seks luar tabii: Banduan ketahui nasib 7 Mac

-

KOTA KINABALU: Seorang banduan yang melakukan seks diluar tabii terhadap seorang banduan lain di dalam sel sama, akan mengetahui nasibnya pada 7 Mac di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Noor Hafizah Mohamad Salim menetapkan tarikh itu terhadap Mohd Fazil Juwandah, 21, untuk jatuh hukum dan laporan sosial.

Tertuduh mengaku salah melakukan persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii, dengan meliwat mangsa berusia 20 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 6 Disember 2017 jam 1 pagi di sebuah blok, Penjara Pusat Sabah, Kepayan di sini.

Untuk itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes pada 11 Disember 2017, pengadu seorang anggota penjara membuat laporan polis menyatakan beliau diberitahu mangsa bahawa diliwat oleh tertuduh.

Kejadian berkenaan berlaku sebanyak tiga kali sejak 27 November hingga 6 Disember, semasa mangsa sedang tidur dan akibatnya mangsa mengalami sakit pada duburnya.

Mangsa tidak menceritak­an peristiwa terbabit kepada sesiapa kerana takut dipukul tertuduh.

Pada 10 Disember mangsa menceritak­an kejadian itu kepada pengadu, setelah tertuduh dipindahka­n ke sel lain kerana terlibat dalam kes buli terhadap banduan lain di dalam blok sama.

Memandangk­an semasa kejadian tertuduh berusia 19 tahun, mahkamah menyatakan tertuduh layak untuk mendapatka­n laporan sosial.

Mohd Fazil tidak diwakili peguam dan Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia