Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kg Lubok Darat rayu selesaikan masalah air

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Lubok Darat, Sipi t ang dan sekitarnya merayu agar pihak berkaitan terutama Jabatan Air Negeri Sabah menyelesai­kan masalah bekalan air yang berlaku di kampung berkenaan sejak dua tahun lalu.

Keadaan itu sekali gus menjejaska­n seramai 380 penduduk yang melibatkan sebanyak 76 rumah.

Sebelum ini, pihak kampung telah menghantar aduan bertulis pada tahun lepas kepada Jabatan Air daerah, namun belum mendapat sebarang jalan penyelesai­an.

Pada Ahad, penduduk kampung telah memasang kain rentang supaya masalah yang mereka hadapi mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak terbabit. Walaupun sesi dialog diadakan di antara penduduk kampung dan pihak berkaitan, namun sehingga sekarang kampung mereka belum menerima bekalan air yang bersih (air paip).

Seorang penduduk Ariffin Sambas berkata, masalah bekalan air terputus itu sepatutnya sudah diselesaik­an kerana ia sudah lama diutarakan kepada pihak berwajib.

“Bagaimanap­un, sehingga sekarang masih tiada tindakan daripada pihak berwajib. Kalau kita lihat, Kg Lubok Darat terletak di tengahteng­ah antara kampung lain yang mendapat bekalan air mencukupi dan berterusan, malangnya kampung kami tidak mendapat apa yang sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sementara itu, Dollah Ismail yang juga penduduk kampung berkenaan turut mengatakan terdapat juga kes bayaran meter air tinggi walaupun tidak menerima sebarang bekalan air.

Katanya, keadaan itu sangat mengecewak­an dan berharap pihak berkaitan dapat menyelesai­kan masalah itu dengan kadar segera.

“Kita juga merayu pihak wakil rakyat di kawasan ini dapat melihat keadaan kami dan membantu menyelesai­kan masalah yang kami hadapi agar kehidupan penduduk lebih selesa dengan bekalan air yang mencukupi seperti mana kampung lain yang terdapat dalam daerah Sipitang,” katanya.

 ??  ?? ARIFFIN
ARIFFIN
 ??  ?? DOLLAH
DOLLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia