Utusan Borneo (Sabah)

Perkeso laksana pemutihan, beri tempoh sebulan majikan mendaftar pekerjanya

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) memberi tempoh sebulan bagi majikan yang belum mendaftark­an perusahaan dan pekerjanya dalam tempoh pemutihan yang akan bermula pada 1 hingga 31 Mac depan sebelum Ops Kesan 2019 dijalankan pada bulan April nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mana-mana majikan yang mendaftar secara sukarela dalam tempoh itu akan dikecualik­an daripada tindakan kompaun dan pendakwaan walaupun telah melewati tempoh yang ditetapkan selain pengecuali­an Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).

“Daripada 8,487 lawatan Ops Kesan 2018, kirakira 10 hingga 14 peratus majikan yang dikesan belum mendaftar dengan kebanyakan mereka terdiri daripada majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Sepatutnya apabila mereka mula menggaji pekerja, mereka diberi tempoh sehingga 30 hari untuk mendaftar bagi melindungi pekerja mereka dan kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Bulan Pemutihan Ops Kesan Perkeso 2019 di sini, pada Isnin.

Mohammed Azman berkata sehingga 31 Dis lepas, 613,860 majikan aktif berdaftar, dengan 7.17 juta pekerja mendapat perlindung­an Perkeso.

Sejak Ops Kesan dilakukan pada 2009 hingga 31 Dis 2018, sebanyak 19,253 notis kompaun bernilai lebih RM14.14 juta telah dikeluarka­n kepada majikan yang gagal mendaftark­an perusahaan dan pekerja mereka. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia