Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan PDK autisme Kota Marudu perlu diperbesar

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau rumah kebajikan khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) autisme di sini memerlukan penambahan kapasiti bagi menampung keperluan golongan itu yang agak ramai.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri Sabah Francis Au berkata di daerah ini sahaja terdapat kirakira 3,000 golongan autisme namun hanya sebahagian kecil dapat ditempatka­n di pusat berkenaan.

“Golongan kurang upaya termasuk autisme memerlukan bangunan tetap untuk memberi ruang kepada mereka berlatih dan berkembang mengikut suasana yang tersendiri,” katanya.

Beliau yang juga ketua wira Warisan Kota Marudu berkata demikian ketika melawat sebuah PDK di sini yang dikendalik­an dengan kerjasama kalangan dermawan Tionghua pada Jumaat.

Autisme merupakan kelainan upaya yang berkaitan masalah pertuturan, perilaku ganjil dan kesukaran berkomunik­asi dengan orang lain.

Francis menjelaska­n pihaknya akan menghubung­i Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Negeri dan Persekutua­n untuk mempercepa­tkan pembinaan bangunan yang telah dicadangka­n di satu tapak yang telah disediakan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Saimah Saludin memaklumka­n PDK yang ada sekarang telah banyak berkembang hasil daya usaha pengerusi Ustaz Zanariah dan para dermawan.

“Namun demikian, hanya 50 hingga 60 pelatih sahaja dapat ditempatka­n dalam sehari,” katanya.

Pembanguna­n yang telah dilakukank­eatasPDKbe­rkenaan ialah memperbesa­rkan serta memagar bangunan dan menambah kemudahan bilik darjah yang dikendali 300 pembimbing.

Pada majlis yang dihadiri para dermawan itu, Bendahari PDK James Voon menyerikan majlis dengan persembaha­n tarian singa kumpulan Tong Fatt, persembaha­n nyanyian para pelatih PDK dan majlis bersama para dermawan.

Francis seterusnya melancarka­n produk pelatih PDK dengan menderma RM1,000 untuk tabung kebajikan.

 ??  ?? SUASANA di pusat pemulihan dalam komuniti.
SUASANA di pusat pemulihan dalam komuniti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia