Utusan Borneo (Sabah)

Umno tidak akan ‘berkahwin’ dengan Pas

Masing-masing ikut acuan sendiri

-

MELAKA: Umno tidak akan ‘berkahwin’ dengan Pas dalam membentuk sebuah kerjasama bagi memperjuan­gkan matlamat penyatuan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno dan Pas akan terus kekal sebagai sebuah parti mengikut acuan masingmasi­ng namun berjuang demi sebuah matlamat yang sama.

Beliau berkata Umno dan Pas adalah sama-sama ‘anak jantan’ dan bagaikan adik beradik walaupun telah mengikut haluan berbeza sejak sekian lama sebelum ini.

“Adik beradik, samasama anak jantan nak kahwin bagaimana?. Pas dan Umno sering berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi perjuangan keduadua parti tetap sama iaitu mempertaha­nkan maruah dan kepentinga­n umat Islam serta Melayu.

“Kita (Umno dan Pas) perlu bersatu semula sebagai adikberadi­k, kita hilang kekuatan kerana kita berpecah-belah jadi mulai sekarang kita berjuang dengan cara masingmasi­ng tapi matlamat kita tetap satu,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Ceramah Perdana: Islam Memimpin’ di Bukit Katil di sini malam Ahad.

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjay­a Pas Melaka Kamaruddin Sidek dan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata beliau sedih dengan senario pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabilauma­tIslamdanM­elayu berpecah dengan memilih parti yang dianggotai mereka seterusnya memecahkan undi golongan itu.

Beliau berkata lebih menyedihka­n apabila ada generasi muda yamg kurang memahami sejarah negara dan memilih hanya kerana marah mereka kepada Umno dan Pas seterusnya tersalah pilih.

“Islamjadit­itikmenyat­ukan kita semua. Dengan cabaran yang mendatang kini kita perlu bersatu. Benci berkelahi ada batas, boleh jadi orang itu jadi sahabat kita suatu hari nanti. Lebih lagi dalan Islam kita semua adalah bersaudara.

“Kita adik beradik memang tak boleh nikah tetapi apa yang penting kita bersatu demi satu matlamat. Jadikan pertemuan demi pertemuan kembalikan kekuatan ini,” katanya.- Bernama

“Adik beradik, sama-sama anak jantan nak kahwin bagaimana?. Pas dan Umno sering berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi perjuangan kedua-dua parti tetap sama iaitu mempertaha­nkan maruah dan kepentinga­n umat Islam serta Melayu.

TAN SRI ANNUAR MUSA Setiausaha Agung Umno

 ??  ?? HADI
HADI
 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia