Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi Rantau mahu calon anak tempatan

-

SEREMBAN: Calon anak tempatan terus menjadi keutamaan dan kehendak rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi berkenaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kebanyakan mereka berpandang­an bahawa anak tempatan merupakan individu yang paling memahami ‘jiwa’ danpermasa­lahanyangd­ihadapi masyarakat setempat selain mahu pemimpin yang akan mewakili mereka mempunyai sifat rendah diri dan hubungan baik dengan masyarakat.

Pengusaha bengkel motosikal, Thoo Chee Kian, 47, berkata dirinya cenderung memilih anak jati Rantau untuk mewakili kawasan itu kerana individu berkenaan bukan sahaja mampu menyelesai­kan masalah malah dapat membawa pembanguna­n yang perlu dan diinginkan masyarakat setempat.

“Kita mahukan sebolehbol­ehnya wakil rakyat dalam kalangan orang tempatan sebab dia sudah mengetahui selok-belok kawasan ini serta kehendak dan kepentinga­n penduduk di sini. Jika wakil rakyat itu adalah orang luar, dia tidak tahu masalah orang tempatan.

“Jadi lebih baik kalau anak tempatan yang menjadi wakil rakyat nanti. Buat masa ini saya sangat selesa dengan suasana di Rantau dari segi kemudahan yang telah sedia ada cumanya satu sahaja masalah iaitu kekurangan tempat meletak kenderaan di pekan Rantau,” katanya kepada Bernama di sini.

Bekas pekerja swasta, S Mail Suradrin, 68, pula menyifatka­n calon daripada kalangan anak tempatan merupakan ‘kunci’ kepada pembanguna­n berterusan DUN Rantau serta penyelesai kepada masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan itu.

“Anak tempatan ini dia faham apa yang perlu dibuat dan apa yang masyarakat nak… Jika bukan anak tempatan, dia mungkin makan masa yang lama untuk memahami isu-isu setempat...jadi masalah itu lambat untuk diselesaik­an,” katanya.

Berkongsi pandangan yang sama, pembantu kedai makan Atikah Khairi, 25, berkata sikap mesra rakyat dan selalu turun padang merupakan kriteria yang perlu ada dalam setiap calon yang bertanding.

“Pada keseluruha­nnya kawasan ini telah mengalami kemajuan cuma terdapat beberapa masalah lain perlu diatasi seperti lembu berkeliara­n di jalan raya dan tempat awam serta pencemaran Sungai Linggi dan Sungai Semin.

“Selain itu, pengangkut­an awam seperti bas dan teksi perlu dipertingk­atkan lagi dan begitu juga masalah talian telekomuni­kasi yang agak sukar ditembusi di beberapa kawasan dalam DUN ini,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, S. Muniamah, 54, mahu anak jati tempatan yang mewakili mereka kelak merupakan daripada golongan muda dan sihat.

Selain itu, beliau juga mahu wakil rakyat berkenaan kerap turun padang menyelami permasalah­an rakyat selain tidak sombong diri selepas memenangi PRK itu nanti.

PRK DUN Rantau diadakan selepasMah­kamahPerse­kutuan pada 18 Feb lepas menolak rayuan yang dikemukaka­n oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytih­arkan kemenangan­nya di DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai terbatal dan tidak sah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia