Utusan Borneo (Sabah)

Tekun sedia buka kepada bekas penagih

-

KOTA BHARU: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional sedia memberikan peluang kepada bekas penagih dadah untuk terlibat dalam keusahawan­an bagi membuka peluang pekerjaan kepada golongan terbabit.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor berkata pihaknya mengamalka­n sikap terbuka bagi membantu masyarakat untuk mengubah kehidupan terutamany­a melibatkan bidang keusahawan­an.

“Tekun memberikan peluang kepada semua orang, yang penting mereka itu mesti mempunyai tujuan yang jelas, apa (perniagaan) yang mahu dilakukan dan mahu menceburi bidang mana.

“Kami turut memberikan bantuan kepada bekas banduan, oleh itu kami merasakan golongan bekas penagih perlu diberikan perhatian untuk menikmati kehidupan seperti golongan lain dengan bantuan kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Program Perhimpuna­n Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah Bersama Pemimpin Masyarakat di Pejabat AADK Tanah Merah di sini, pada Isnin yang turut dihadiri Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad.

Mohammad Supardi berkata pihaknya tidak memandang golongan bekas penagih pada kelas-kelas tertentu bagi menghulurk­an bantuan.

“Kami tidak boleh meletakkan mereka pada kelas kedua, ketiga ataupun penghinaan dalam masyarakat, namun apa yang penting kami memberikan peluang kepada mereka untuk berjaya dalam kehidupan.

“Jangan terus hukum mereka kerana kesilapan lampau, kerana kami yakin mereka ini mempunyai bakat dan kemahiran tertentu yang boleh mereka manfaatkan dengan bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Katanyakes­ediaanpiha­knya untuk membantu golongan terbabit tidak hanya modal perniagaan malah daripada aspek peluang pekerjaan lain.

“Prinsip kami adalah memperbany­akkan usahawan tanpa mengira kelas dan mahu menutup masa lampau mereka,” katanya.Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? PENGERUSI Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor (depan dua, kanan) melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian Program Perhimpuna­n Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tanah Merah Bersama Pemimpin pada Isnin. Turut sama Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad (depan kanan). -
GambarBERN­AMA PENGERUSI Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor (depan dua, kanan) melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian Program Perhimpuna­n Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tanah Merah Bersama Pemimpin pada Isnin. Turut sama Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad (depan kanan). -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia