Utusan Borneo (Sabah)

Rumah ibadat disaran pasang CCTV

Untuk bantu siasatan polis jika berlaku sebarang kejadian

-

KOTA BHARU: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyaranka­n agar pengurusan rumah ibadat di seluruh negara memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing jika berkemampu­an.

Mohamad Fuzi berkata langkah berkenaan boleh membantu siasatan polis jika berlaku sebarang insiden membabitka­n penghinaan terhadap agama masingmasi­ng.

“Kalau terjadi perkara yang tidak diingini ia boleh membantu polis untuk mengesan individu yang tidak bertanggun­gjawab. Ia mungkin melibatkan kos yang tinggi tapi kita sarankan pengurusan rumah ibadat supaya memasang CCTV di premis masing-masing.

“Kebanyakan rumah ibadat di seluruh negara masih tidak mempunyai kemudahan tersebut sekali gus menyukarka­n siasatan jika berlaku sebarang insiden sensitif membabitka­n agama masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan kepada 174 pegawai dan anggota dari negeri ini yang turut dihadiri Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli pada Isnin dilaporkan berkata pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berumur 37 tahun pada pukul

“Langkah berkenaan boleh membantu siasatan polis jika berlaku sebarang insiden membabitka­n penghinaan terhadap agama masing-masing. ” TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN

Ketua Polis Negara

6.15 petang Ahad susulan penemuan dua patung agama Hindu yang diletakkan di atas tembok pintu masuk Surau Sabilul Huda, Pelabuhan Klang, Selangor Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata polis juga mengadakan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menempatka­n pegawai dan anggotanya di beberapama­sjidselaku­pegawai perhubunga­n yang berperanan sebagai penghubung antara agensi keselamata­n, masjid dan masyarakat.

“Mungkin ada pengurusan rumah ibadat yang lain akan mempersala­hkan saya (kerana tidak menempatka­n pegawai perhubunga­n) di premis mereka namun kita terpaksa bersikap ‘selective’ (memilih) kerana kekurangan anggota.

“Tapi kita akan cuba buat (pertingkat kekuatan pegawai perhubunga­n dari semasa ke semasa) kerana pegawai ini mempunyai tugas-tugas khusus mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata beliau telah mengeluark­an arahan khusus kepada setiap ketua polis negeri dan 156 ketua polis daerah untuk memantau sebarang isu yang boleh menimbulka­n kemarahan masyarakat umum.

Beliau berkata polis akan mengawal keadaan di seluruh negara dan berharap agar masyarakat memberikan sepenuh keyakinan kepada agensi tersebut untuk melaksanak­an tugas sebaik mungkin.- Bernama

 ?? Bernama ?? MOHAMAD Fuzi (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kelantan Kali Kedua 2019, pada Isnin.Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan (kiri). -Gambar
Bernama MOHAMAD Fuzi (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kelantan Kali Kedua 2019, pada Isnin.Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan (kiri). -Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia