Utusan Borneo (Sabah)

Polis Terengganu minta henti tular kononnya kanak-kanak diculik

-

KUALA TERENGGANU: Orang ramai diminta segera menghentik­an penyebaran mesej palsu berkenaan cubaan menculik kanakkanak di Kampung Banggol Peradong, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata berita yang tular beberapa hari lepas itu adalah palsu dan pihaknya tidak pernah menerima laporan mengenai perkara itu.

Beliau berkata polis akan memanggil beberapa pemilik akaun media sosial yang disyaki menyebarka­n berita itu sehingga mencetuska­n panik dan resah dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa.

“Saya minta ibu bapa jangan takut dan bimbang kerana penularan mesej mengenai kes culik kanakkanak ini dah selalu berlaku tetapi kami tak pernah terima laporan daripada mana-mana pihak.

“Untuk makluman, polis sentiasa menjalanka­n rondaan cegah jenayah di semua kawasan termasuk di tempat yang didakwa berlaku cubaan culik bagi memastikan keselamata­n orang ramai terjaga,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata penularan mesej itu susulan kes penceroboh­an di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak pada 21 Feb lalu melibatkan empat lelaki yang menaiki sebuah van bewarna kelabu.

Beliau berkata kes itu tidak diklasifik­asi sebagai kes culik kerana suspek tidak sempat berbuat apa-apa dan tiada kerugian dilaporkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen447­KanunKesek­saan kerana menceroboh namun sehingga kini masih tiada tangkapan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia