Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu faham kos perlu ditanggung k’jaan

Untuk ambil alih konsesi lebuh raya

-

KLANG:Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat memahami tentang kos yang perlu ditanggung untuk kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya daripada syarikat konsesi.

Ini kerana, menurut beliau, proses pengambila­lihan konsesileb­uhrayameli­batkan wang rakyat yang dikutip melalui cukai.

“Kerajaan perlu beli highway (lebuh raya) guna duit siapa? Duit daripada cukai yang dikutip daripada rakyat…kemudian jalan mesti diperbaiki sepanjang masa, itu juga kena dibelanja oleh kerajaan tidak lagi oleh syarikat konsesi.

“Ini juga bermakna sebahagian daripada cukai yang kita kutip mestilah digunakan untuk menyelengg­ara jalan... bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lain-lain projek yang juga perlu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd di sini, pada Isnin.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan rakyat selepas kerajaan mengeluark­an kenyataan berhubung rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Kritikan itu termasuk tindakan kerajaan tidak mengambil alih konsesi lebuh raya daripada PLUS Malaysia Bhd dan tidak menghapusk­an terus kutipan tol sebaliknya memperkena­lkan caj kesesakan.

Menurut kenyataan tersebut yang dikeluarka­n pada Sabtu, kerajaan berhasrat untuk memansuhka­n mekanisme tol sedia ada apabila berjaya mengambil alih lebuh raya berkenaan.

Berdasarka­n kenyataan itu, ‘congestion charge’ atau caj kesesakan akan diperkenal­kan di mana pengguna akan hanya dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Semasa tempoh ‘offpeak’ (luar waktu puncak) antara 11 malam dan 5 pagi, penggunaan lebuh raya adalah percuma. Bagi penggunaan waktu biasa, pengguna akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.- Bernama

“Ini juga bermakna sebahagian daripada cukai yang kita kutip mestilah digunakan untuk menyelengg­ara jalan... bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lainlain projek yang juga perlu, ” TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? DR Mahathir (dua, kanan) melawat kawasan kilang Metrod Holdings Bhd selepas merasmikan kilang tersebut di Bukit Raja Prime Industri Park, pada Isnin.Turut hadir Pengasas Metrod Holdings Berhad Apurv Bagri (kiri).
-Gambar Bernama DR Mahathir (dua, kanan) melawat kawasan kilang Metrod Holdings Bhd selepas merasmikan kilang tersebut di Bukit Raja Prime Industri Park, pada Isnin.Turut hadir Pengasas Metrod Holdings Berhad Apurv Bagri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia