Utusan Borneo (Sabah)

Bantu baik pulih sekolah mubaligh daif agenda kedua UNIFOR

-

KUCHING: Membantu membaik pulih sekolah mubaligh yang daif di negeri ini menjadi agenda kedua Unit Hal Ehwal AgamaAgama Lain (UNIFOR).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata isu sekolah mubaligh yang usang di Sarawak perlu diberi perhatian kerana ia terbukti telah menyumbang kepada pembanguna­n modal insan di Sarawak.

Selain itu katanya, sekolah mubaligh telah memainkan peranan dalam penyebaran agama Kristian di negeri ini.

Katanya bagi tujuan itu satu jawatankua­sa akan ditubuhkan di bawah UNIFOR bagi melihat dan menyelesai­kan isu sekolah mubaligh yang daif di Sarawak.

“Agenda kedua UNIFOR ialah melihat dan membantu menyelesai­kan isu kedaifan sekolah mubaligh. Jika masalah ini tidak diselesaik­an ia akan memberi kekurangan yang besar kepada pelajar.

“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) juga telah menyatakan sokongan untuk membantu sekolahsek­olah mubaligh ini kerana sekolah ini terbukti telah menghasilk­an modal insan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah untuk bangunan baharu The House of The Epiphany St Thomas Kuching, pada Ahad.

Uggah selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap UNIFOR berkata beliau berasa lega selepas Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan untuk terus membekalka­n bekalan diesel kepada (21) sekolah mubaligh di negeri ini.

“Pada awal tahun ini, kita dikejutkan dengan kenyataan mengatakan bekalan diesel untuk sekolah mubaligh di Sarawak akan diberikan sehingga Mac tahun ini sahaja.

“Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin telah membangkit­kan perkara ini dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia bersejutu terus membekalka­n diesel kepada sekolah-sekolah ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai UNIFOR, Uggah berkata sejak ditubuhkan pada April 2017, ia telah membantu membina dan membaik pulih 308 rumah ibadat agama-agama lain di seluruh Sarawak setakat 2018.

Beliau turut memberitah­u pada 2017 UNIFOR mendapat peruntukan sejumlah RM15 juta daripada Kerajaan Sarawak dan jumlah itu ditambah kepada RM20 juta pada tahun lalu.

“Tahun ini UNIFOR mendapatRM­30jutadari­pada kerajaan. Ini menunjukka­n Kerajaan negeri di bawah GPS (Gabungan Parti Sarawak) menyokong agama-agama lain di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia