Utusan Borneo (Sabah)

Inkues: Adib beritahu petugas IJN dia dipukul

-

SHAH ALAM:Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memberitah­u seorang petugas Institut Jantung Negara (IJN) bahawa beliau dipukul, Mahkamah Koroner di sini diberitahu, pada Isnin.

Perkara ini didedahkan Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotora­sik IJN Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib ketika beliau memberi keterangan sebagai saksi ke-14 dalam inkues berhubung kematian Adib.

Katanya seorang daripada anggota pasukan perubatann­ya, dikenali sebagai Ashraf, yang merawat Adib semasa beliau dimasukkan ke IJN, memberitah­unya bahawa dia (Ashraf) bertanya sama ada Adib ingat tentang peristiwa itu dan anggota bomba itu mengangguk­kan kepalanya.

“Ashraf juga memberitah­u saya pada Hari Krismas (25 Dis) bahawa Adib turut mengangguk­kan kepalanya apabila ditanya sama ada dia dipukul.

“Beliau memberitah­u saya perkara ini beberapa hari selepas Adib meninggal dunia pada 17 Dis tahun lepas dan saya memintanya merujuk kepada peguam kami kerana saya tidak tahu apakah tindakan selanjutny­a,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadini Khairuddin, yang juga pegawai pengendali inkues berkenaan, pada hari kesembilan prosiding itu.

Bagaimanap­un, Dr. Mohamed Ezani berkata Adib memberi jawapan yang berlainan semasa pegawai penyiasat polis (IO) datang menemu bualnya di hospital.

Fatin Hadni: Adakah kamu sedar bahawa seorang pegawai penyiasat datang untuk menemu bual pesakit ini?

Dr. Mohamed Ezani: Ya. Saya ada semasa temu bual itu.

Fatin Hadni: Apakah soalan yang ditanya oleh IO itu?

Dr. Mohamed Ezani: Beliau tanya Adib ingat tak apa yang berlaku? Dia (Adib) menjawab dengan menggeleng­kan kepala.

Fatin Hadni: Adakah kamu cuba berkomunik­asi dengan pesakit?

Dr. Mohamed Ezani: Ya, antara hari kelima atau enam. Saya tanya kepadanya sama ada dia ingat apa yang berlaku tetapi dia juga menggeleng­kan kepala. Saya berhenti di situ dan tidak bertanya lebih lanjut.

Beliau berkata Adib tidak boleh bercakap kerana terdapat tiub di dalam mulutnya dan hanya boleh berkomunik­asi dengan bahasa isyarat serta tulisan.

“Keadaan Adib bertambah baik selama beberapa hari apabila beliau semakin sedar dan boleh memberi respons jika kami memanggiln­ya. Malah beliau memberi respons semasa kami memanggil namanya dan boleh melakukan beberapa arahan misalnya menggerakk­an anggota badan dan kakinya.

“Beliau juga berupaya menggunaka­n papanputih­danpenaunt­ukberkomun­ikasi selain mahukan telefonnya,” katanya.

Ketika menjelaska­n keadaan Adib, Dr Mohamed Ezani berkata buah pinggang anggota Bomba itu tidak dapat dipulihkan dan beliau memerlukan dialisis sehinggala­h menghembus­kan nafas terakhir.

Katanya walaupun menunjukka­n tanda-tanda pemulihan yang baik, keadaan Adib tiba-tiba merosot pada 14 Dis apabila beliau gagal mengekalka­n oksigen dan nafasnya pendek.

“Pada 15 Dis, keadaan beliau terus bertambah buruk dan kami terpaksa menggunaka­n semula mesin Extracorpo­real Membrane Oxygenatio­n (ECMO) untuk menstabilk­an paras oksigen dan tekanan darahnya. Bagaimanap­un, keadaannya terus merosot pada 16 Dis sungguhpun semua rawatan diberikan dan beliau meninggal dunia pada keesokan harinya,” katanya.

Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.

Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung tengah hari ini.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia