Utusan Borneo (Sabah)

Cuba selamatkan rakan, ahli kadet bomba lemas

-

KANOWIT: Hasrat seorang remaja lelaki untuk menyelamat­kan tiga rakan yang hanyut dalam perahu gara-gara tidak tahu berkayuh berakhir tragedi selepas mangsa dibawa arus deras di Sungai Kanowit di sini, petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Carlos Paee, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit yang juga ahli Kadet Bomba sekolah dan pernah menyertai Pertanding­an Kadet Bomba Peringkat Zon 4 di SMK Sarikei Baru, baru-baru ini.

“Ketikakeja­dianperahu­yang dinaiki tiga orang termasuk seorang perempuan pergi ke seberang untuk memetik rambai, tiba-tiba hanyut dan mereka difahamkan tidak pandai berkayuh.

“Mangsa bersama rakannya, David Lee Jilan yang menyaksika­n kejadian itu lantas terjun ke dalam sungai dan berenang untuk menyelamat­kan rakan mereka yang berada di perahu,” jelasnya dalam kenyataan media di sini, pada Ahad.

“David berenang ke tebing dan Carlos terus tenggelam ke dalam sungai.

“Air Sungai Kanowit deras menyebabka­n mangsa terus dibawa arus dan tenggelam,” jelasnya.

Menurutnya, tiga orang yang berada di dalam perahu telah diselamatk­an penduduk kampung yang kebetulan balik dari hilir sungai.

BBPKanowit­yangmeneri­ma panggilan kecemasan pada jam 1.47 petang terus bergegas lokasi untuk menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia