Utusan Borneo (Sabah)

Banyak aktiviti libatkan Sarawak, Brunei dianjur setelah Jambatan Temburong siap

-

KUCHING:Setelahsia­pJambatanT­emburong, lebih banyak aktiviti melibatkan penganjur Sarawak dan Brunei Darussalam diadakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mencadangk­an agar program seperti berbasikal, ‘powerboat’ dan maraton melibatkan kedua-dua pihak dianjurkan.

“Ini sudah tentu mampu menyuntik kemeriahan kepada Temburong dan jiran berdekatan di bahagian Limbang dan daerah Lawas.

“Jambatan dari Muara ke Temburong itu apabila siap kelak akan menjadi antara jambatan terpanjang di Asean,” katanya dalam kenyataan akhbarnya pada Ahad.

Tambah beliau, hubungan dua hala di antara Brunei Darussalam dan Sarawak telah lama wujud.

Justeru, terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah jawatankua­sa kecil untuk membincang­kan kerjasama dalam perkara yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam sektor pelanconga­n, agro dan perdaganga­n.

Beliau turut merasmikan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam anjuran Pejabat Konsulat Brunei Darussalam di sini malam kelmarin (Sabtu).

Sementara itudalam hal yang berlainan, Awang Tengah turut mengucapka­n penghargaa­n kepada Brunei dan Royal Brunei Airline kerana membuka semula laluan Bandar Seri Begawan-Kuching.

“Kita berharap dengan pembukaan semula laluan ini, sektor pelanconga­n kedua-dua belah pihak akan berkembang.

“Sarawak dalam masa yang sama turut beruntung dengan adanya laluan tersebut kerana akan memiliki hab transit alternatif selain Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Kinabalu,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia