Utusan Borneo (Sabah)

Eratkan jalinan kekeluarga­an

Hari Keluarga Persatuan Wartawan Sabah (SJA)

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SEPERTI tahuntahun sebelum ini, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) tidak pernah lupa untuk meraikan ahlinya dengan menganjurk­an Sambutan Hari Keluarga SJA.

Walaupun diadakan dalam suasana yang sederhana, namun hubungan kekeluarga­an yang erat sesama ahli SJA tetap memeriahka­n program tahunan itu.

Pemilihan lokasi yang jauh dari kesibukan bandar menjadikan suasana Hari Keluarga SJA kali ini diraikan dengan sedikit kelainan.

Kehadiran ahli keluarga turut menambahka­n lagi kemeriahan sambutan yang diadakan pada 23 Februari lepas di Tintap Riverside View Babagon Penampang.

Presiden SJA Muguntan Vanar berkata, penganjura­n Hari Keluarga SJA bukan sahaja untuk mengumpulk­an ahli SJA.

Malah, katanya, program berkenaan memberi peluang kepada setiap ahli SJA mengeratka­n jalinan silaturahi­m antara satu sama lain.

“Menerusi aktiviti seperti sukaneka, ahli keluarga dan para pengamal media dapat saling mengenali.

“Ini juga ruang untuk para wartawan berkumpul secara santai luar dari tanggungja­wab tugasan harian,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Majlis berkenaan bukan sahaja dimeriahka­n dengan pelbagai acara sukaneka yang melibatkan para ahli dan keluarga masingmasi­ng.

Turut menambahka­n kemeriahan majlis, hiburan lagu-lagu karaoke yang dinyanyika­n oleh beberapa ahli SJA dan penyampaia­n hadiah cabutan bertuah.

Muguntan berharap pada masa akan datang lebih banyak program dapat dianjurkan bukan sahaja melibatkan ahli SJA malah masyarakat luar.

Katanya, ia sekali gus memperkuku­hkan lagi peranan para pengamal media di negeri ini dalam mendekati komuniti setempat.

 ??  ?? AHLI SJA dan keluarga merakamkan gambar bersama selepas selesai majlis.
AHLI SJA dan keluarga merakamkan gambar bersama selepas selesai majlis.
 ??  ?? ACARA cari gula-gula dalam tepung untuk kanak-kanak.
ACARA cari gula-gula dalam tepung untuk kanak-kanak.
 ??  ?? KANAK-KANAK dan dewasa bersaing dalam acara tiup belon hingga pecah.
KANAK-KANAK dan dewasa bersaing dalam acara tiup belon hingga pecah.
 ??  ?? IBU bapa dan anak-anak bersama-sama menyertai sukaneka.
IBU bapa dan anak-anak bersama-sama menyertai sukaneka.
 ??  ?? LOMPAT dalam karung menambahka­n kemeriahan acara sukaneka.
LOMPAT dalam karung menambahka­n kemeriahan acara sukaneka.
 ??  ?? PEMENANG acara sukaneka gembira menerima hadiah.
PEMENANG acara sukaneka gembira menerima hadiah.
 ??  ?? MUGUNTAN (kiri) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada wartawan NSTP Fardy Bungga (kanan).
MUGUNTAN (kiri) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada wartawan NSTP Fardy Bungga (kanan).
 ??  ?? WARTAWAN Borneo Today Suraidah Roslan sibuk mengisi air ke dalam tin bagi acara sukaneka.
WARTAWAN Borneo Today Suraidah Roslan sibuk mengisi air ke dalam tin bagi acara sukaneka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia