Utusan Borneo (Sabah)

Singot bangkit benam Belpino, tebus kekalahan memalukan

- Oleh ALEX DUIN

KOTA KINABALU: Singot Football Team (Singot FBT) membuat kebangkita­n dramatik selepas membenam Belpino FC, 3-2, dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Piala Liga Rungus Sabah (PLRS), di Padang Sukma A, di sini.

Singot FBT terpaksa mengharung­i laluan sukar untuk mara ke suku akhir PLRS apabila mengalami kekalahan besar ketika menentang Kudat Cool pada minggu lepas.

Pasukan ‘underdog’ itu bagaimanap­un bangkit daripada ketinggala­n sebelum menewaskan Belpino dalam aksi penentuan peringkat kumpulan.

Belpino yang hanya memerlukan keputusan seri terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-10, seakan-akan mengesahka­n kedudukan pasukan itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Singot yang terdesak mencari kemenangan terus memperbaik­i permainan dan menggandak­an asakan tetapi gagal mencari penyudah.

Kedudukan kekal 10 sehingga tamat masa pertama.

Aksi separuh masa kedua lebih menarik selepas Singgot diberikan sepakan percuma di luar petak yang disempurna­kan oleh pemain tengah, Davies. Sepakan menarik yang mengeliruk­an benteng lawan terus meluru masuk ke gawang bagi gol penyamaan Singot.

Dua lagi gol Singot hadir menerusi penyerang, Joros, dan pemain sayap kanan, Ojek, menerusi gerakan yang hampir sama apabila mendapat umpanan menarik dari arah kiri sebelum tenang menyempurn­akan cubaan menewaskan penjaga gol Belpino.

Belpino yang tersentak dengan defisit dua gol itu terus bersemanga­t mencari tambahan jaringan memaksa Singot bermain secara bertahan bagi baki 15 minit perlawanan.

Percubaan lambung pemain Belpino dari luar petak tepat ke gawang Singot menjadikan kedudukan 3-2. Beberapa percubaan berbahaya di minit akhir perlawanan terus mencemaska­n pemain Singot. Bagaimanap­un kedudukan kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksika­n Singot FBT menduduki tangga kedua kumpulan, dan layak ke pusingan suku akhir.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan C, Kudat Cool menang tipis 1-0 terhadap JPSM All Star untuk mengunggul­i kumpulan dengan rekod permaian tanpa kalah.

Sebanyak 17 pasukan 11sebelah bersaing merebut kejuaraan sulung PLRS menerusi empat kumpulan. Menggunaka­n format liga kumpulan, PLRS turut mendapat khidmat pengadil bertauliah bagi permainan 40x40 minit itu.

Aksi suku akhir PLRS akan berlangsun­g pada 17 Mac ini.

 ??  ?? PEMAIN Singot FBT bergambar sebelum sepak mula menentang Belpino FC.
PEMAIN Singot FBT bergambar sebelum sepak mula menentang Belpino FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia