Utusan Borneo (Sabah)

Skateboard Kota Marudu tarik penyertaan pelbagai daerah

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Peserta dari Ranau hampir menyapu bersih tiga disiplin kejohanan skateboard kali ke-5 di sini yang turut dihadiri jurulatih dan pemain skateboard amatur Jepun, Koya Miyasaki.

Bachtiar Bacho mengunggul­i kategori ‘best run’ dan ‘game of skate’ disusuli rakannya Jamil Hussein dan tempat ketiga Datu Farid Firdaus Datu Jafrin dari Kota Belud.

“Peserta dari Kudat Muhd Hanafi Mohd Morid mengunggun­li acara ‘best trick’ disusuli Jamil Hussein dari Ranau yang mendapat saingan sengit peserta tuan rumah, Mohd Khairil Anuar,” kata pegawai publisiti Benjohn Simbaku.

Hadiah-hadiah kemenangan disampaika­n sendiri oleh Koya selaku juri jemputan yang turut dihadiri Setiausaha Sulit Ketua Menteri Francis

Au.

Pengerusi penganjur Darrent Wen berharap Francis dapat menyokong hasrat pihaknya untuk membuka lapangan permainan dilengkapi pelbagai kemudahan latihan dan kejohanan untuk menggilap lebih ramai pelunhebat. cur

Skateboard atau papan peluncur merupakan sukan yang sudah agak lama bertapak di negara ini namun perlu dipromosi dalam kejohanan untuk melahirkan ahli yang mahir dan mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabang­sa. Menanggapi permintaan itu, Francis berkata kehadiran Koya selaku jurulatih sukarelawa­n dari negara matahari terbit memberikan suntikan semangat dan inspirasi kepada para belia untuk melibatkan diri dengan lebih serius dalam acara itu. Justeru, Francis menyokong penuh hasrat persatuan skateboard itu untuk memohon kepada Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Daerah demi membangunk­an sebuah lapangan luncur skateboard. Menurut Koya meskipun skateboard sudah diketahui ramai di Malaysia namun masih kurang menonjol ekoran kemudahan untuk bidang sukan itu masih terbatas khususnya di Sabah.

 ??  ?? PARA peserta kejohanan skateboard Kota Marudu.
PARA peserta kejohanan skateboard Kota Marudu.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) KOYA (kanan) bersama johan dua kategori. PENAMPILAN atlet peluncur skateboard.
(Gambar atas) KOYA (kanan) bersama johan dua kategori. PENAMPILAN atlet peluncur skateboard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia