Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Badminton Amal PSKS berjaya tarik peserta luar Sabah

- - PENERANGAN LABUAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Badminton Amal Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) berjaya menarik 108 penyertaaa­n dari Kuala Lumpur, Sabah dan Negara Brunei Darussalam pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurut Presiden PSKS, Lawrence Imui, kejohanan yang diadakan Dewan Badminton Yayasan Sabah itu bertujuan bagi mengisi tabung dana persatuan yang digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti persatuan khususnya penganjura­n ceramah-ceramah kesedaran kanser di negeri Sabah.

“Selain itu, dana itu juga akan digunakan untuk mewujudkan rumah perantaraa­n atau ( halfway house) sebagai tempat penginapan pesakit kanser kurang berkemampu­an dari luar bandar yang datang menjalani rawatan jangka panjang di Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterap­i di Hospital Wanita dan KanakKanak Sabah,”katanya.

Kejohanan yang menyediaka­n empat kategori iaitu Beregu Lelaki Novice, Beregu Lelaki Gabungan 80 Tahun, Beregu Wanita Gabungan 70 Tahun dan Beregu Campuran SemiPro menyaksika­n gandingan Mohd. Razif Latif / Tay Kui Ng menjuarai Kategori Beregu Campuran SemiPro selepas menumbangk­an gandingan Chong Kein Hiung/Clarissa Nancy.

Sementara itu beregu Nurdini Md. Said/Roland Balandong menjinakka­n pasangan Mohd.Najib Latif/ Ramlan Taim bagi menjuarai Kategori Beregu Lelaki Gabungan Umur 80 tahun.

Bagi Kategori Beregu Lelaki Novis, pasangan Nazriq Hanafi Matali/ Hafizal Hadi Bandari tidak mampu mengatasi gandingan Ali Faizal Limun/Ishak Abd Razak dan hanya mampu berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Johan Kategori beregu wanita gabungan umur 70 tahun pula menjadi milik Annastacia Anscelly/ Laidah Sakim selepas menumbangk­an gandingan Clarissa Nancy/ Rowena George.

Semua pemenang menerima wang tunai, baucer Faith Wellness Centre dan peralatan sukan badminton bernilai RM1,888 bagi Beregu Lelaki Novice, RM1,588 bagi Kategori Beregu Campuran Semi Pro dan RM1,488 bagi Kategori Beregu Lelaki Gabungan 70 dan Beregu Wanita Gabungan 80.

Hadiah disampaika­n oleh Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Tuaran, Lt Muda Maritim(B) Awil Kamsari.

 ??  ?? PEMENANG Kategori Beregu Lelaki Novice.
PEMENANG Kategori Beregu Lelaki Novice.
 ??  ?? AWIL (paling kiri) bersama Lawrence (paling kanan) bersama juara Kategori Beregu Campuran Semi-Pro.
AWIL (paling kiri) bersama Lawrence (paling kanan) bersama juara Kategori Beregu Campuran Semi-Pro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia