Utusan Borneo (Sabah)

30 atlet dipilih wakil Sabah

Kejohanan merentas desa peringkat kebangsaan (MSSM) di Perlis pada 9 Mac

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Sermai 30 atlet terbaik telah dikenal pasti melalui Majlis Pemilihan Atlet Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah (MSSS) peringkat negeri yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Likas, di sini Sabtu lalu.

Sesi pemilihan itu dianjurkan oleh Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu dengan kerjasama Berwang Sport Club Kota Kinabalu.

Pegawai Penyelaras Sukan Merentas Desa MSS Sabah, Haji Pengiran Johari Pengiran Ahmad berkata seramai 30 atlet telahpun dipilih dan disenaraik­an untuk mewakili Sabah ke Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada 9 Mac depan.

Katanya, kejohanan itu dibahagika­n kepada tiga kategori umur iaitu bawah 18 tahun (B18) dan B15 untuk sekolah menengah dan B12 lelaki untuk sekolah rendah melibatkan peserta lelaki dan perempuan.

Menurutnya, setiap kategori akan diwakili oleh lima orang peserta yang menduduki tempat pertama hingga kelima dalam pemilihan tersebut yang buat pertama kalinya diadakan di trek atau balapan olahraga di Stadium Kompleks Sukan, berbanding sebelumnya yang diadakan di laluan terbuka dengan pelbagai cabaran seperti kawasan berbukit dan sebagainya.

Beliau berkata, pemilihan itu mendapat sambutan dan penyertaan penuh dari 24 daerah (pendidikan) di Sabah melibatkan jumlah peserta seramai 288 orang peserta dan 24 pegawai pengiring dari setiap daerah.

Majlis penyampaia­n sijil kepada para pemenang disempurna­kan oleh wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Umin Haji Sadi yang juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Pemilihan itu.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah Datu Roslin Datu Siabok, Penolong Pengarah Unit Sukan SPK JPN Sabah Zainal Madi yang juga Ketua Unit Sukan dan juga Ketuaketua Unit UPK seluruh Sabah.

Untuk rekod, kontinjen MSS Bahagian Barat muncul juara keseluruha­n pada Kejohanan Merentas Desa MSS Sabah tahun lalu (2018) yang berlangsun­g di Kuala Penyu yang turut dimeraihka­n dengan Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 Tahun (1968 - 2018) MSS Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? ATLET merentas desa yang bakal mewakili MSS Sabah ke peringkat kebangsaan (MSSM) di Perlis pada 9 Mac depan.
ATLET merentas desa yang bakal mewakili MSS Sabah ke peringkat kebangsaan (MSSM) di Perlis pada 9 Mac depan.
 ??  ?? ATLET SMK Telupid, Azlan Kaluste (depan, dua kiri) muncul johan kategori B18 lelaki bersama Ketua Unit UPK PPD Telupid, Tommy Amir (tiga kiri) serta pengetua SMK Telupid, Rukimin Sulit (belakang, dua kiri).
ATLET SMK Telupid, Azlan Kaluste (depan, dua kiri) muncul johan kategori B18 lelaki bersama Ketua Unit UPK PPD Telupid, Tommy Amir (tiga kiri) serta pengetua SMK Telupid, Rukimin Sulit (belakang, dua kiri).
 ??  ?? UMIN (tiga kiri) bersama Zainal (dua kiri) dan Ketua Unit UPK PPD Kota Kinabalu, Mohd Adli (tiga kanan) serta Pg Johari (dua kanan) yang turut hadir pada majlis pemilihan atlet itu.
UMIN (tiga kiri) bersama Zainal (dua kiri) dan Ketua Unit UPK PPD Kota Kinabalu, Mohd Adli (tiga kanan) serta Pg Johari (dua kanan) yang turut hadir pada majlis pemilihan atlet itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 288 peserta yang mewakili 24 daerah (pendidikan) di Sabah yang menyertai pemilihan acara merentas desa 2019 di Stadium Kompleks Sukan Likas.
SEBAHAGIAN daripada 288 peserta yang mewakili 24 daerah (pendidikan) di Sabah yang menyertai pemilihan acara merentas desa 2019 di Stadium Kompleks Sukan Likas.
 ??  ?? UMIN (kiri) diiringi Datu Roslin (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada kontinjen yang menyertai pemilihan merentas desa 2019.
UMIN (kiri) diiringi Datu Roslin (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada kontinjen yang menyertai pemilihan merentas desa 2019.
 ??  ?? JOHARI (kiri) turut menyampaik­an sijil kepada pemenang.
JOHARI (kiri) turut menyampaik­an sijil kepada pemenang.
 ??  ?? ANTARA aksi larian peserta lelaki kategori B12 sempena pemilihan itu.
ANTARA aksi larian peserta lelaki kategori B12 sempena pemilihan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia