Utusan Borneo (Sabah)

City pertahan kejuaraan Piala Liga menerusi penentuan sepakan penalti

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, menegaskan keengganan penjaga golnya, Kepa Arrizabala­ga untuk ditukarkan adalah satu ‘salah faham’ walaupun jika penjaga gol dari Sepanyol itu seharusnya menunjukka­n rasa hormat kepada jurulatihn­ya ketika Manchester City mempertaha­nkan kejuaraan Piala Liga Inggeris dengan kemenangan dari penentuan sepakan penalti Ahad lepas.

Sarri cuba untuk menggantik­an penjaga gol paling mahal di dunia itu dengan Willy Caballero di akhir 120 minit perlawanan yang berkesudah­an tanpa jaringan.

Kepa menerima rawatan kerana kecederaan di akhir permainan dan Sarri berkata beliau percaya pemain itu mengalami kekejangan sehingga kemudian diberitahu sebaliknya oleh doktor kelab.

“Ia satu salah faham kerana saya diberitahu beliau mengalami kekejangan, jadi saya tidak mahu penjaga gol saya di penentuan sepakan penalti dengan masalah seperti itu,” kata Sarri.

“Saya menyedari situasi hanya selepas tiga atau empat minit apabila doktor tiba di bangku simpanan.”

Penjaga gol City, Ederson, menepis penalti Jorginho dan tendangan David Luiz terkena palang sebelum Raheem Sterling menjaringk­an gol kemenangan City.

“Penjaga gol mahu memberitah­u saya beliau berada dalam keadaan baik untuk bermain sehingga ke penalti,” tambah Sarri. “Beliau betul kerana semangatny­a tetapi tidak kerana caranya.”

Bagaimanap­un, keengganan Kepa menerima arahan meletakkan masa depan Sarri kembali menjadi perhatian sekali lagi selepas taktik beliau dipersoalk­an dua minggu yang lalu ekoran kekalahan memalukan Chelsea sejak 1991 apabila dibelasah 0-6

oleh City dalam Liga Perdana. “Saya tidak tahu, anda harus bertanya kepada kelab,” kata Sarri ketika bercakap mengenai masa depannya.

“Hari ini saya benar-benar sangat gembira kerana perasaan saya ialah kami semakin meningkat kerana kami boleh menjadi pasukan yang sangat kuat.

“Hari ini kami tidak bolos kepada Man City, sesuatu yang sangat sukar. Mereka sangat bahaya melakukan serangan, mereka biasanya banyak menjaringk­an gol. Dalam padang, saya melihat pemain yang saya sediakan semalam, jadi untuk seorang jurulatih, ia adalah sangat penting.”

Dengan masa depannya menjadi tanda-tanya, ia mungkin boleh difahami apabila Sarri mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Gonzalo Higuain diletakkan di bangku simpanan dan menyebabka­n Eden Hazard kembali ke posisi bukan kegemarann­ya

di bahagian penyerang tengah - sama seperti apabila Chelsea menewaskan City 2-0 pada bulan Disember.

“Ia adalah perlawanan yang sama seperti di Stamford Bridge di mana kami tewas,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Apa yang berlaku dua minggu lepas tidak normal, kami menyedarin­ya.” Bagaimanap­un, Guardiola menolak cadangan di mana City mungkin boleh menjulang empat kejuaraan musim ini, sesuatu yang belum pernah berlaku di England dengan saingan kejuaraan Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA akan menyusul. “Memenangi perlawanan ini adalah bagus untuk keazaman untuk perlawanan seterusnya. Tetapi kami akan terjejas untuk pertanding­an seterusnya, terutama sekali dalam Liga Juara-Juara dan Liga Perdana,” kata Guardiola selepas kehilangan Aymeric Laporte dan Fernandinh­o kerana kecederaan, dengan jangkaan perlu direhatkan beberapa minggu.

Formula permainan Sarri hampir berhasil pada minit ke-24 apabila Hazard melepasi kawalan Vincent Kompany dan melakukan umpanan N’Golo Kante tetapi pemain tengah antarabang­sa Perancis itu tidak mampu melakukan penyudah City Selepas kemudian beberapa gagal kemas. menyempurn­akan peluang mengawal lagi, permainan dengan gandingan Cesar Azpilicuet­a dan Kepa menafikan Sergio Aguero melakukan penyudah. Aguero mempunyai satu lagi peluang di lewat permainan tetapi Kepa beraksi tangkas sebelum penjaga gol muda itu enggan dikeluarka­n. Sarri jelas kelihatan berang di tepi padang dan hampir meninggalk­an padang sebelum kembali ke bangku simpanan.

 ??  ?? ARRIZABALA­GA enggan meninggalk­an padang ketika menyaksika­n nombor beliau dipamerkan oleh pegawai perlawanan untuk ditukarkan pada minit akhir perlawanan di Stadium Wembley, London Isnin lepas. — Gambar AFP
ARRIZABALA­GA enggan meninggalk­an padang ketika menyaksika­n nombor beliau dipamerkan oleh pegawai perlawanan untuk ditukarkan pada minit akhir perlawanan di Stadium Wembley, London Isnin lepas. — Gambar AFP
 ?? — Gambar AFP ?? PARA pemain, pegawai dan kakitangan kejurulati­han City meraikan kejayaan mereka mempertaha­nkan kejuaraan Piala Liga Inggeris selepas menewaskan Chlesea pada aksi final di Stadium Wembley, London pada Isnin lepas.
— Gambar AFP PARA pemain, pegawai dan kakitangan kejurulati­han City meraikan kejayaan mereka mempertaha­nkan kejuaraan Piala Liga Inggeris selepas menewaskan Chlesea pada aksi final di Stadium Wembley, London pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia