Utusan Borneo (Sabah)

Emery puji keazaman Arsenal

-

LONDON, England: Unai Emery memuji keazaman pasukannya, Arsenal selepas memintas Manchester United untuk berada di empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris ekoran kemenangan 2-0 ke atas Southampto­n Ahad lepas.

Skuad berbeza Emery mengawal permainan di Stadium Emirates menerusi gol awal Alexandre Lacazette dan Henrikh Mkhitaryan.

Dan sekarang, pengurus Arsenal itu berharap pemainnya boleh mengekalka­n keazaman yang sama ketika jadual padat memaksa beliau meneruskan program penggilira­n pemain.

Emery melakukan lima pertukaran dalam kesebelasa­n utama yang menewaskan BATE Borisov 3-0 dalam aksi Liga Europa Khamis lepas dan beliau menjangka lebih banyak pertukaran untuk perlawanan liga menentang Bournemout­h Rabu ini.

“Ini adalah masa yang kami boleh guna pemain cergas dengan tenaga dan kualiti,” katanya.

“Kami perlu mencampur pemain untuk menyelamat pemain kerana kami akan bermain banyak perlawanan.

“Ia penting untuk memberi prestasi yang baik seperti hari ini walaupun apabila kami terpaksa melakukan pertukaran beberapa pemain dalam kesebelasa­n utama.

“Khamis lepas, saya berasa sangat bangga dengan mereka pada satu perlawanan bahaya dan hari ini kami membuat keputusan untuk melakukan beberapa pertukaran dan ia adalah sangat penting di mana kami meneruskan rentak dan prestasi kami dengan pemain yang berbeza.”

 ?? — Gambar AFP ?? REAKSI Emery (tengah) apabila menyaksika­n pemainnya melepaskan bola dengan mudah ketika perlawanan liga di Stadium Emirates, London Ahad lepas.
— Gambar AFP REAKSI Emery (tengah) apabila menyaksika­n pemainnya melepaskan bola dengan mudah ketika perlawanan liga di Stadium Emirates, London Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia