Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Pas perlu tarik lebih ramai anak muda dekati parti

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pemuda Pas perlu menggemble­ng tenaga bagi menarik lebih ramai anak muda agar dapat mendekati perjuangan parti itu di negeri Sabah.

Selain itu, Pemuda Pas juga perlu memantapka­n ilmu pengetahua­n politik dan dakwah bagi berhadapan sasaran dakwah yang pelbagai segmen khususnya di negeri Sabah yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Pesuruhjay­a III Pas Sabah Sahar Abdul Majid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan di Pejabat Pas Sandakan pada Ahad.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 itu, beliau turut mengingatk­an para perwakilan agar menjaga amalan harian khususnya solat berjemaah, qiamullail, zikir di samping menyertai program tarbiyah parti.

Sahar turut memetik ayat dalam Surah Al-Kahfi yang menceritak­an keteguhan iman para pemuda Islam yang istiqamah dengan Islam sungguhpun diancam oleh pihak pemerintah.

Terdahulu, Ketua Pemuda Ramlan Pandi telah menyampaik­an ucaptama bertajuk ‘Kukuhkan Saf, Mantapkan Perjuangan’ yang membicarak­an aspek pengukuhan­organisasi­pemuda di samping merancakka­n gerak kerja politik dakwah.

Mesyuarat itu turut menobatkan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sandakan Adam Ahmad sebagai penerima Anugerah Amilin Khidmat Cemerlang atas usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam menggerakk­an aktiviti kebajikan dan parti.

 ??  ?? SAHAR bersama Pemuda Pas pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17.
SAHAR bersama Pemuda Pas pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17.
 ??  ?? SAHAR menyampaik­an Anugerah Amilin Khidmat Cemerlang kepada Adam.
SAHAR menyampaik­an Anugerah Amilin Khidmat Cemerlang kepada Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia