Utusan Borneo (Sabah)

Sasar 100,000 peserta program Hari Wanita Sedunia 2019 Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Perbadanan Pembanguna­n Wanita Pulau Pinang (PWDC) menyasarka­n 100,000 peserta untuk menyertai 21 program yang dianjurkan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia sepanjang bulan Mac dan April tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Keterangku­man Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng pada Isnin berkata, sasaran itu diharap dapat dicapai bukan sahaja menerusi peserta yang terlibat secara langsung dalam program yang diadakan tetapi juga menerusi perkongsia­n dalam media sosial.

“Sasaran jumlah peserta yang terlibat secara langsung ialah 10,000 orang, namun jumlah selebihnya (penglibata­n secara tidak langsung) adalah menerusi capaian terutamany­a melalui Facebook dan Instagram dengan tanda pagar #BalanceFor­Better?,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Pada tahun lepas, jumlah peserta yang menyertai program sambutan Hari Wanita Sedunia mencecah 30,000 peserta dengan melibatkan 20 program yang dianjurkan menerusi kerjasamaK­erajaanNeg­eridan beberapa agensi tempatan.

Terdahulu, Chong melancarka­n kalendar program sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 peringkat negeri Pulau Pinang yang membawa tema “Seimbang Untuk Sejahtera” merangkumi beberapa aktiviti seperti larian, bengkel sains, pameran, sesi ceramah dan banyak lagi.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri akan mengadakan sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini di Dewan SP Arena, Seberang Jaya.

“Untuk tahun ini, ia diadakan di bahagian Seberang Perai kerana kita adakan sambutan seumpama ini secara bergilir dan diharap seluruh penduduk negeri menyertai program yang kita anjurkan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia