Utusan Borneo (Sabah)

Isu ‘land swap’ : Tiada keperluan lapor polis

-

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk membuat laporan polis setakat ini berhubung kes ketirisan hasil kerajaan yang dianggarka­n melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaa­n projek ‘land swap’ kementeria­n ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata kes berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalanka­n siasatan lanjut.

“Ya, kementeria­n saya telah membuat laporan kes itu pada minggu lepas dan terserah kepada kebijaksan­aan SPRM untuk mengendali dan menyiasat kes ini.

“Oleh yang demikian, kes berkenaan tidak ada kaitan dengan polis setakat ini dan biar SPRM siasat terlebih dahulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembang­an siasatan kes itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmat­an dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementeria­n Pertahanan, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini pada Isnin.

Pada Khamis lepas, satu laporandib­uatSPRMber­kenaan isu ‘land swap’ atau pertukaran tanah milik kementeria­n berkenaan membabitka­n projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak.

Laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus,Kewanganda­nPerolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap’ membabitka­n tanah milik Kementeria­n Pertahanan.

Mohd Nasaie yang membuat laporan itu berkata kedua-dua projek itu dijalankan oleh pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.

Pada 19 Feb lepas, Mohamad dalam kenyataan berkata pihaknya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerus­ikan Tan Sri Ambrin Buang ke atas beberapa projek kementeria­n termasuk ‘land swap’.

Laporan siasatan itu juga dibentangk­an dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Feb lepas.

Menurutnya, hasil siasatan jawatankua­sa itu yang telah dibentangk­an pada 28 Jan lepas mendapati terdapat 16 projek ‘land swap’ melibatkan 1,286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementeria­n Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek RM4.886 bilion.

Terdahulu, Mohamad menyampaik­an sijil kepada 459 penerima APC dan pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera, warga ATM serta pesara awam terpilih manakala selebihnya dilaksanak­an bahagian dan jabatan masing-masing.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? MOHAMAD Sabu (depan tengah) ketika hadir pada Majlis Penyampaia­n Pingat Perkhidmat­an Cemerlang dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang serta Pingat Perkhidmat­an dan Pekerti Terbilang Peringkat Kementeria­n Pertahanan di Wisma Perwira pada Isnin.
-Gambar Bernama MOHAMAD Sabu (depan tengah) ketika hadir pada Majlis Penyampaia­n Pingat Perkhidmat­an Cemerlang dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang serta Pingat Perkhidmat­an dan Pekerti Terbilang Peringkat Kementeria­n Pertahanan di Wisma Perwira pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia